Menu

TIMBALAN KPN TERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2022

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri.

Tan Sri Razarudin menerima P.S.M. dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) Tahun 2022 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS