Menu

#OPBANTU OP BANTU: TIMBALAN KP KEDAH TINJAU PARAS AIR DAN KESELAMATAN PENDUDUK TERJEJAS

Baling, 6 Julai 2022 - Timbalan Ketua Polis (KP) Kedah, DCP Dato’ Mohd Roze Shaari melakukan tinjauan dan pemantauan ketinggian paras air dan keselamatan penduduk terjejas di sekitar Mukim Kupang, Baling, Kedah, semalam.

Selain itu, beliau turut memastikan kekuatan anggota dan aset Pasukan mencukupi dalam membantu melancarkan operasi di kawasan terjejas.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mengambil risiko meredah atau bermain air banjir kerana dikhuatiri boleh membahayakan nyawa sendiri.

Turut sama di lokasi ialah Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Kedah dan Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat.


May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 14 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing, tree and outdoors

May be an image of 11 people, people standing and outdoors

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS