Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN SANTUNI PESARA DAN PEGAWAI AWAM PDRM DAERAH IPOH

Ipoh, 17 Ogos 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass hari ini telah meluangkan masa menyantuni pesara polis dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pemangku Ketua @Polis Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Mat Aris.

Dalam majlis tersebut, Datuk Zaini telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian kepada pesara PDRM yang juga penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.), Koperal Hairudin Abas dan pegawai awam PDRM, Puan Hamizah Mohd Salleh yang ditimpa sakit.

Hadir sama, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Hj. Rusli Abas, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perak, ACP Noraziah Zakaria dan Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS