Menu

KPN PENGERUSIKAN PERSIDANGAN PJP/KP/KOMANDER DAN KOMANDAN BILANGAN 1 TAHUN 2023

Kuala Lumpur, 21 Mac 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mempengerusikan Persidangan Pesuruhjaya Polis (PJP)/Ketua Polis (KP)/Komander dan Komandan bilangan 1 tahun 2023 di Dewan KPN, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Turut berlangsung pada hari yang sama, Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia kali Ke-51 Tahun 2023, yang turut dirasmikan oleh Tan Sri Acryl Sani di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, di sini.

Mesyuarat Agung PERKEP yang diadakan pada kali ini memfokuskan isu-isu kebajikan ahli keluarga warga Pasukan yang dipengerusikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Pada sebelah petang pula, Tan Sri Acryl Sani turut memenuhi undangan sebagai panel bagi sesi Townhall PDRM sempena peringatan Hari Polis Ke-216 bertajuk "3 Fokus Utama Ketua Polis Negara" bersama ahli-ahli persidangan yang diadakan di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah.

Dalam Townhall berkenaan telah mengupas lebih lanjut mengenai keakraban Pasukan dalam menyantuni masyarakat selari dengan tiga fokus utama yang diperkenalkan oleh beliau ketika dilantik sebagai KPN pada pertengahan tahun 2021.

Terdahulu, KPN bersama semua ahli persidangan turut berbesar hati mendengar syarahan bertajuk Konsep Madani Dalam Pembentukan Negara dan PDRM yang disampaikan oleh Penasihat Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Salawati Mat Basir.

Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), CP Dato' Mohd Hishamudin Tahar dan Setiausaha Polis Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 1 person, standing and headscarf

May be an image of standing and indoor

May be an image of 16 people, people standing and text that says 'AOILSANE @H DIRAJA VALAESIDN PERSIDANGAN PJP/KP/KOMANDER DAN KOMANDAN BIL. 1/2023 21 MAC 2023 SELASA DEWAN KETUA POLIS NEGARA MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA'

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'PANEL IGTANSRI TOWNHALL PORM SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-216 216 TAHUN 2023 '3 FOKUS UTAMA KETUA POLIS NEGARA' 12 SELASA DEWAN ULTAN MAKTA PDRM KUAL MODERATOR IND SHAH IPM Mme DuSHE'

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS