Kuala Lumpur, 15 April 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif
Bank Rakyat, Dato' Dr. Mohammad Hanis Osman di Pejabat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Kunjungan tersebut diadakan bagi menyerahkan Kad Kredit-i Bank Rakyat Edisi Khas PDRM kepada Tan Sri Razarudin oleh Dato' Dr. Mohammad Hanis.
Ia adalah kesinambungan daripada pelancaran kad kredit berkenaan pada 13 Mac lalu yang diadakan di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.
Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Encik Zulkarnain Taman.
Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin