Kuala Lumpur, 10 Julai 2024 – Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru adalah bukti jelas betapa bahayanya tindakan kafir mengkafir dan mendakwa akidah pihak tidak sempurna, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata berdasarkan soal siasat dengan suspek insiden serangan itu, suspek menganggap mereka yang bersolat di masjid kerajaan dan bersekolah di sekolah kerajaan sebagai
kafir.
Sehubungan itu, katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa mengambil langkah dan tindakan sewajarnya bagi membendung fahaman ekstrem yang boleh membawa ancaman keganasan supaya tidak tersebar luas di negara ini.
“Penyerang dan adik beradik tidak pergi sekolah sebab sekolah kerajaan (didakwa) kafir. Bila ada kefahaman begitu, dia anggap akidah dia saja sempurna, orang lain sebagai kafir, maka tidak pelik keluarga ini mewajarkan tindakan sedemikian (serangan).
“Keadaan ini harus kita bendung. Perbuatan kafir mengkafir sangat berbahaya dalam kehidupan kita,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.