Kuala Lumpur, 18 September 2024 - "Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Demikian komen ringkas Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika ditanya mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
"Seperti biasa, saya tak boleh bercakap banyak (mengenai kes ini) dan saya pun tak akan komen banyak (sebab kes dalam siasatan).
"Apa yang saya boleh cakap hanyalah... kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan). Itu saja, terima kasih," katanya tanpa mengulas lebih lanjut .
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media khas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkaitan perkembangan siasatan Op Global di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, semalam.