Kuala Lumpur, 7 Oktober 2024 - Sindiket penipuan Macau scam dilihat semakin berani apabila bersemuka dengan mangsa berbanding berhubung melalui panggilan telefon seperti dilaporkan sebelum ini.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik terbaharu itu sangat berisiko bagi warga emas khususnya mereka yang tinggal seorang diri.
Katanya, ancaman seperti bunuh. rompak dan samun mungkin dihadapi mangsa yang secara tidak sengaja mendedahkan butiran peribadi kepada scammer.
“Baru-baru ini polis menerima satu kes yang mana scammer bersemuka dengan mangsa warga emas sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM600.000.
“Suspek memberi arahan kepada mangsa menerusi panggilan telefon sebelum bersemuka untuk tujuan penipuan,” katanya kepada Kosmo baru-baru ini.
Ramli memberitahu, pada pertemuan itu, mangsa diminta supaya menyerahkan barangan kemas kepada ahli sindiket scammer yang datang ke rumahnya.
Ramli tidak menolak kemungkinan taktik sama akan digunakan oleh penjenayah selepas ini.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan
Kosmo.