Johor Bahru, 7 Oktober 2024 - Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, kelmarin.
Ketua
Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, berkata dua lelaki warga asing dan seorang lagi warga tempatan berusia 39 hingga 70 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi, kira-kira jam 10 malam bagi membantu siasatan.