KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPM, POLIS THAILAND BERKONGSI MAKLUMAT
Kota Bharu, 10 Oktober 2024 -
Pasukan Polis Marin (PPM) sentiasa berkongsi maklumat dengan polis Thailand dalam menangani isu pencerobohan nelayan asing.
Komander PPM Bukit Aman, SAC Norzaid Muhammad Said berkata, operasi bersama dijalankan bagi memastikan sempadan kedua-dua negara tidak diceroboh.
“Kita sedia maklum banyak aktiviti pencerobohan berlaku di sempadan negara kita dan Thailand maka operasi bersama sentiasa dibuat.
“Bagi isu penyelewengan diesel di tengah laut, tidak dinafikan ada berlaku tapi ia hanya kes terpencil.
“Di pihak kami memang berkongsi maklumat terutama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup agar isu ini dapat diatasi,” katanya.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.