KERATAN AKHBAR PILIHAN: 3 SINDIKET TUMPAS, DADAH BERNILAI LEBIH RM24 JUTA DIRAMPAS
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah berjumlah lebih RM24 juta dalam tiga operasi berasingan di ibu negara dan Muar, Johor dalam tempoh tiga hari.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin, berkata dalam operasi pertama di sekitar Lembah Klang dan Muar, bermula jam 11.45 pagi Sabtu lalu, seramai tujuh individu termasuk ketua sindiket pengedaran dadah diberkas dan polis merampas 111.9 kilogram (kg), pil Eramin 5 (19.49kg), Heroin (138 gram) dan pil Ekstasi (empat biji) yang semuanya dianggarkan bernilai RM5 juta.
Katanya, tiga lelaki ditahan di ibu negara, manakala empat lagi, termasuk ketua sindiket dan dua wanita warganegara Thailand ditahan dalam dua serbuan di Muar.
“Modus operandi sindiket yang aktif sejak awal tahun ini ialah menggunakan kondominium mewah dan kenderaan pemilik yang sudah meninggal dunia serta kenderaan tanpa tukar hak milik untuk dijadikan sebagai stor simpanan dadah sebelum diedar kepada pembeli,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.