Menu

DKPP TAHUN 2024: KPN RAIKAN KAPOLRI DAN KP FILIPINA PADA MAJLIS MAKAN MALAM DI KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi meraikan rakan sejawatan dari negara tetangga Republik Indonesia dan Filipina pada majlis makan malam sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2024 dekat sebuah hotel di ibu negara, di sini.

Kepala Kepolisian Negara Republik Indonesia (KAPOLRI), Jenderal Polisi Drs. Listyo Sigit Prabowo M.Si bersama isteri, Ibu Juliati Sigit Prabowo dan Ketua Polis (KP) Filipina, Police General Rommel Francisco D Marbil bersama isteri, Puan Mary Rose P. Marbil hadir dengan diraikan bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman.

Majlis jamuan malam tadi diserikan dengan persembahan daripada Pegawai Polis dengan diiringi oleh Kombo Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah pimpinan Pengarah Muzik Pancaragam Pusat PDRM, ASP Mesmoro Edward.

Jenderal Polisi Drs. Listyo dan Police General Rommel bersama isteri masing-masing tiba di ibu negara petang tadi dengan disambut oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama Timbalan Pengarah II Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid diiringi Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan DKPP Tahun 2024 di Istana Negara pada 30 Oktober ini.

Kedua-dua pegawai tertinggi Pasukan keselamatan dari negara sahabat itu akan mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk dikurniakan Darjah Kebesaran Kepahlawanan PDRM yang paling utama.

Hadir sama dalam majlis tadi ialah Duta Besar Republik Indonesia Ke Malaysia, H.E Dato’ Indera Hermono, barisan Pengarah PDRM dan Pegawai Kanan PDRM serta delegasi kedua-dua buah negara.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 18 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people, aircraft and text

May be an image of 4 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS