Menu

KPN SERTAI MENTERI DAN KETUA-KETUA BADAN KESELAMATAN DUNIA PADA PERHIMPUNAN AGUNG INTERPOL KE-92

Glasgow, 4 November 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain tiba di United Kingdom (UK) bagi menghadiri Perhimpunan Agung International Criminal Police Organization (INTERPOL) Kali Ke-92, di sini.

Perhimpunan agung yang mengumpulkan para menteri dan ketua-ketua badan keselamatan di dunia itu berlangsung dekat Scottish Event Campus telah membuka tirainya hari ini jam 10.00 pagi waktu tempatan sehingga 7 November depan.

Program tahunan itu untuk memastikan aktiviti INTERPOL adalah selaras dengan keperluan negara anggota, selain menentukan prinsip dan langkah untuk organisasi tersebut mencapai objektifnya dan menyemak serta meluluskan aktiviti yang mendatang.

Tan Sri Razarudin bersama delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Roze Shaari, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy dan Penolong Pengarah National Central Bureaus INTERPOL, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintenden Saravanan Kanniappan telah menghadiri beberapa acara penting seusai perasmian perhimpunan tersebut.

Perasmian perhimpunan agung pagi tadi telah disempurnakan oleh Perdana Menteri UK, Hon. Sir Keir Starmer sebelum disusuli dengan pelantikan jawatankuasa eksekutif oleh 900 delegasi daripada 162 negara yang menganggotai INTERPOL.

Dalam perhimpunan agung tadi juga, SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam telah dilantik untuk menyertai” The Election Board Members” dalam pengendalian proses pemilihan jawatankuasa baharu.

Terdahulu, Presiden INTERPOL, Major General Ahmed Naser Al-Raisi dalam ucaptamanya, mengalu-alukan kehadiran para delegasi disamping mengambil kesempatan untuk memperkenalkan calon Setiausaha Agung INTERPOL yang baharu bagi menggantikan General Jurgen Stock iaitu Brazillian Federal Police Commisioner, Valdecy Urquiza.

Pada sebelah petangnya pula, Tan Sri Razarudin bersama perwakilan antarabangsa telah mendengar amanat yang disampaikan oleh General Jurgen sebelum menghadiri pembentangan laporan Hak Keistimewaan dan Kekebalan INTERPOL di dewan yang sama.

Turut berlangsung dalam platform yang sama ialah forum bertajuk "AI and The Future Of Policing" yang menampilkan beberapa tokoh dalam bidang keselamatan yang terkemuka di peringkat antarabangsa.

Antaranya, Professor of Future Foresight and Strategic Planning, Rochester Institute of Technology of Dubai, United Arab Emirates (UAE), Dr. Ozcan Saritas, Director of the Customs Anti-Fraud Brigade, Democratic Republic of the Congo, Ms. Pierette Mbombo Mukadi dan Director, Cybercrime INTERPOL General Secretariat, Mr. Neal Jetton dengan dibantu Executive Director, Technology and Innovation INTERPOL General Secretariat, Mr. Madan Oberoi selaku moderator.

Jadual padat beliau bersama delegasi PDRM tadi diteruskan dengan pembentangan enam kertas kerja berkaitan isu keselamatan dunia.

Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah berkaitan keupayaan kepolisan bagi generasi baharu, jenayah seksual melibatkan kanak-kanak, terrorisme, pengukuhan analisa INTERPOL dan pembuktian digital dalam dan kesannya dalam bidang kepolisan dunia.

Perhimpunan agung hari pertama tadi turut menyaksikan pembentangan deraf perjanjian kerjasama di antara INTERPOL dengan Badan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menguruskan kes-kes jenayah yang berlaku di peringkat antarabangsa.

Tan Sri Razarudin dijangka akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Major General Ahmed Naser, disusuli pertemuan empat mata bersama rakan sejawatan daripada negara Australia, China, Japan, Qatar dan UAE.

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people and suit

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 10 people, crowd and text

May be an image of 6 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS