Menu

KPN MERIAHKAN MAJLIS PELUNCURAN BUKU APMM 2025 ‘HELANG SAMUDERA, PERISAI MARITIM NEGARA’

 
Putrajaya, 22 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir memeriahkan Majlis Peluncuran Buku Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berlangsung di Hotel Marriott, di sini.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Magfurlah yang turut berkenan menyempurnakan peluncuran buku APMM bertajuk ‘Helang Samudera, Perisai Maritim Negara’.

Majlis anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersama APMM itu turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Pengerusi Lembaga Pengelola YPBN, Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latif Abu Bakar.

Buku setebal 172 muka surat terbitan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini mengupas perjalanan dua dekad penubuhan APMM sejak 15 Februari 2004. Ia menyorot keberanian, kesiapsiagaan serta komitmen anggota APMM dalam menghadapi pelbagai cabaran demi menjamin keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Seusai majlis tadi, Sultan Nazrin turut bercemar duli melawat tapak pameran buku yang diadakan di ruang lobi hotel, diiringi oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Tan Sri Razarudin.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS