Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGA SINDIKET DADAH BERNILAI LEBIH RM180 JUTA TUMPAS

Kuala Lumpur, 10 Mac 2026 - Polis menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah menerusi operasi berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor dengan rampasan keseluruhan dadah bernilai RM180.8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata kejayaan itu dicapai hasil tiga operasi yang dijalankan di sekitar Lembah Klang sejak 2 Mac lalu.

Katanya, kes terbesar membabitkan rampasan lebih tiga tan Methamphetamine bernilai kira-kira RM170 juta dalam operasi dinamakan Op Chrysogaster pada 2 Mac lalu.

“Berdasarkan maklumat risikan, JSJN Bukit Aman melancarkan dua siri serbuan dan berjaya menangkap dua lelaki tempatan berusia 28 dan 44 tahun di Taman Gembira, Brickfields, Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of headscarf, water filter, newspaper and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS