Panduan Permohonan

Bil

Jenis Panduan Permohonan

1.

Permohonan Membawa Masuk Senjata Berjadual Di Bawah Akta Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.

Pemohon dikehendaki membuat permohonan bertulis terus ke Kementerian Dalam Negeri untuk kelulusan.

2.

Permohonan Untuk Mengimport Dan Mengadakan Pertunjukkan Bunga Api Dan "Theatrical Pyrotechnic Effects".

Pemohon dikehendaki membuat permohonan bertulis terus ke Kementerian Dalam Negeri untuk kelulusan dasar. Proses selanjutnya pemohon dikehendaki berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran (permohonan para 12 berkaitan).

3.

Pengimportan/ Penjualan/Pemilikan Pepper Spray.

Permit untuk membawa masuk hendaklah dibuat terus di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah memandangkan pengimportan /penjualan/pemilikan memerlukan permit di bawah Akta Senjata
1960.

4.

Permohonan Mengimport Siren - Alarm & Auto Taser Untouchable Car Security.

Borang Pol 309 dan Pol 309 A boleh diperolehi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Bagi permohonan kali pertama pemohon dikehendaki menyertakan:-
a) Perakuan Syarikat (Form 9)
b) Gambar siren-alarm
c) End User (jika berkenaan)

Jika barang yang belum diuji tetapi telah diimport dan ditahan oleh pihak Kastam, pemohon dikehendaki mengisi Pol. 309 dan dimajukan ke Cawangan Pelesenan Am Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Setelah diterima, pihak Ibu Pejabat akan mengeluarkan surat pelepasan satu unit barang (Siren-Alarm)

Siren-Alarm yang hendak diimport akan diuji oleh Cawangan Komunikasi sebelum diluluskan pengimportannya.

Setelah lulus ujian pemohon dikehendaki mengisi Pol. 309 A.

Pol. 309 A akan diproses dan dimajukan ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentd) untuk tujuan kelulusan.

Setelah diluluskan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentd) pihak Ibu Pejabat akan mengeluarkan surat kelulusan mengimport.

5.

Permohonan Lesen Magazin Menyimpan Atau Menyimpan Dan Berniaga Bahan Letupan.
( POL. 122 A )

Pemohon dkehendaki berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan - Pol. 122. Pemohonan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-

i) 3 keping gambar berukuran pasport;
ii) 3 salinan Kad Pengenalan;
iii) 3 salinan Memorandum & Articles Of Association;
iv) 3 salinan sijil Pendaftaran Syarikat;
v) 3 salinan Lembaga Pengarah Syarikat/Ahli (Form 49);
vi) 3 salinan Lampiran 'A' kepada Pol. 122A;
vii) 3 salinan surat kuasa menduduki tempat pembinaan magazin (jika berkaitan);
viii) 3 salinan surat kuasa untuk memecah batu;
ix) 5 salinan pelan tapak kuari yang menunjukkan lokasi magazin; dan
x) 5 salinan lukisan magazin yang disahkan oleh Arkitek/Perunding Berdaftar.

6.

Permohonan Pertukaran Nama Pelesen Atau Nama Syarikat Magazin Menyimpan Atau Menyimpan Dan Berniaga Bahan Letupan. (POL. 122 A)

Pemohon dikehendaki berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan - Pol. 122. Pemohonan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-

Nama Pelesen
i) 3 salinan Kad Pengenalan;
ii)3 salinan Memorandum & Articles of Associations;
iii)3 salinan Sijil Perdaftaran (Form 9);
iv)3 salinan Lembaga Pengarah Syarikat/Ahli (Form 49); dan
v) 3 salinan Lampiran 'A' kepada Pol. 122A.

Nama Syarikat
i)3 salinan Memorandum & Articles of Association;
ii)3 salinan Sijil Pendaftaran (Form 9);
iii)3 salinan Lembaga Pengarah Syarikat/Ahli (Form 49);
iv) 3salinan suratkuasa menduduki tempatpembinaan magazin(jika berkaitan); dan
v) 3salinan surat kuasa memecah batu.

7.

PermohonanPenambahan Stok Atau Pengurangan Stok Simpanan Bahan Letupan Dalam Magazin Menyimpan Atau Menyimpan Dan Berniaga Bahan Letupan. (POL. 112 A)

Pemohon dikehendaki berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan - Pol. 122. Pemohonan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-
i) 1 salinan surat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri; dan
ii) 1 salinan Lesen (Pol. 122).

8.

Permohonan Pembatalan Lesen Magazin Menyimpan Atau Menyimpan Dan Berniaga Bahan letupan. (POL. 122 A)

Pemohon dikehendaki membuat surat permohonan pembatalan ke Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran beserta sesalinan lesen (Pol. 122). Kelulusan adalah diperingkat Kementerian Dalam Negeri.

9.

Permohonan Pembaharuan Lesen Magazin Menyimpan Atau Menyimpan Dan Berniaga Bahan Letupan. (POL. 122A)

Pemohon dikendaki membuat permohonan ke Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran beserta sesalinan Lesen (Pol. 122). Borang permohonan Pol. 122A boleh didapati di Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran. Kelulusan adalah diperingkat Kontinjen

10.

Permohonan Lesen Mengimport Bahan Letupan Atau 'Air Bag' Secara 'Completely Knocked Down' (CKD). ( POL. 122 B) & ( POL. 126 )

Pemohon dikehendaki berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan (Pol. 122B). Permohonan diluluskan oleh Ketua Polis. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:-

i) Pengimportan bahan letupan atau 'Air bag' (CKD). Borang permohonan lesen
membawa masuk, membawa keluar atau membawa bahan letupan (Pol. 126)

11.

Permohonan Mengimport 'Air Bag' Secara 'Completely Built Up' (CBU).
( POL. 122 B) & ( POL. 126 )

Pemohon dkehendaki berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan - Pol. 122. Pemohonan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-
i) 1 salinan kad pengenalan;
ii) 1 salinan Memorandum & Articles of Association;
iii) 1 salinan Sijil Pendaftaran syarikat (Form 9);
iv) 1 salinan lembaga Pengarah Syarikat/Ahli (Form 49);
v) 1 salinan Penyata Bank (3 bulan terakhir);
vi) 1 salinan Cukai Pendapatan Syarikat (3 tahun terakhir);
vii) 1 salinan broucher 'Air Bag';
viii) 1 salinan pelan bangunan; dan
ix) 1 salinan hak milik tanah (jika tiada surat kebenaran tuan tanah).

12.

PermohonanLesen Mengimport Bunga Api Dan Mengadakan Pertunjukan 'Theatrical Pyrotechnic Effect' (TPE). ( POL. 122 C ) & ( POL. 126)

Pemohon dkehendaki berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan - Pol. 122. Pemohonan diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-
i) 1 salinan Kad Pengenalan pemohon;
ii) 1 salinan Kad Pengenalan Pembedil;
iii) 1 salinan Sijil Pakar Pembedil 'Pyrotechnic';
iv) 1 salinan Sijil Insurans Perlindungan bagi pertunjukan yang diedarkan;
v) 1 salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (Form 9);
vi) 1 salinan Lembaga Pengarah Syarikat/Ahli (Form 49); dan
vii) 1 salinan surat 'End User' (jika berkenaan).

13.

Permohonan Permit Mengimport/Membeli/Memakai/Memiliki Baju Kalis Peluru. ( POL. 280 )

Pemohon dkehendaki berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan - Pol. 280. Pemohonan diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-
i)1 salinan Kad Pengenalan;
ii)1 keping gambar berukuran pasport;
iii) 1 salinan Sijil Pendaftaran (Form 9);
iv) 1 salinan contoh gambar Baju Kalis Peluru beserta risalah;
v)1 salinan surat end user (jika berkenaan); dan
vi) 1 salinan Memorandum & Articles of Associations (bagi permohonan untuk
mengilang).

14.

Permohonan Permit Mengilang Bagi Membuat Dan Menjual Baju Kalis Peluru. (POL. 280)

Pemohon dkehendaki berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan - Pol. 280. Pemohonan diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-
i)1 salinan Kad Pengenalan;
ii)1 keping gambar berukuran pasport;
iii) 1 salinan Sijil Pendaftaran (Form 9);
iv) 1 salinan contoh gambar Baju Kalis Peluru beserta risalah;
v)1 salinan surat end user (jika berkenaan); dan
vi) 1 salinan Memorandum & Articles of Associations (bagi permohonan untuk
mengilang).

15.

Permohonan Lesen Pungutan Rumah Ke Rumah Dan Di Jalan Bagi Satu Negeri Di Semenanjung Malaysia. (POL. 162)

Pemohon dikehendaki berurusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan borang permohonan (Pol. 162) - Permohonan diluluskan oleh Ketua Polis. Dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-
i) Senarai AJK Pertubuhan/PIBG/Tokong/Kuil;
ii) Senarai pemungut derma;
iii)Sijil Pertubuhan(Form 9) Persatuan/Tokong/Kuil;
iv)Contoh kad derma Jogathon,Walkathon,Resit rasmi;
v)Contoh lencana pemungut; dan
vi)Suratsokongan Kementerian (Pertubuhan/Pendidikan).

MendirikanBangunan
i) Salinan Plan Bangunan.
ii) Anggaran pembinaan oleh kontraktor pendaftar
iii) Salinan surat kebenaran tuan tanah.

Membeli Bangunan
i)Salinan surat perjanjian jual beli.
ii) Salinan geran tanah.

Membeli Peralatan
i)Salinan sebutharga bangunan.

16.

Permohonan Lesen Pungutan Rumah Ke Rumah Dan Di Jalan Lebih Dari Satu Negeri Di Semenanjung Malaysia. (POL.162)

Pemohon dikehendaki berkelulusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan borang permohonan (Pol. 162). Permohonan diluluskan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-
i) Senarai AJK Pertubuhan/PIBG/Tokong/Kuil;
ii) Senarai pemungut derma;
iii) Sijil Pertubuhan (Form 9) Persatuan/Tokong/Kuil;
iv) Contoh Kad Derma, Jogathon, Walkathon, Resit Rasmi;
v) Contoh Lencana Pemungut; dan
vi) Surat sokongan Kementerian (Pertubuhan/Pendidikan).

MendirikanBangunan
i) Salinan pelan bangunan.
ii) AnggaranPembinaan oleh Kontraktor Berdaftar.
iii) Salinan surat kebenaran tuan tanah.

MembeliBangunan
i) Salinan perjanjian jual beli.
ii) Salinan geran tanah.

Membeli Peralatan
i) Salinan sebutharga bangunan.

Syarat-syarat
1. Pungutan hanya dibenarkan bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysiasahaja.
2. Pemungut derma hendaklah berumur 16 tahun ke atas.
3. Pungutan yang dijalankan dari rumah ke rumah di jalan dan di tempat awam tidak boleh menggunakan orang perantaraan.
4. Pungutan hendaklah dibuat tanpa menggunakan unsur-unsur kekerasan, ugutan dan ancaman.
5.Pengutip derma hendaklah menunjukkan tanda pengenalan (Lencana) dan surat kebenaran untuk mengutip derma semasa mengutip derma.
6.Semua penerimaan pungutan hendaklah diakui dengan resit.
7. Perbelanjaan untuk pungutan hendaklah seboleh-bolehnya tidak melebihi 1/12 dari jumlah keseluruhan kutipan.
8.Semua pungutan lebih dari RM 1,000 ke atas, resit penerimaan hendaklah dikeluarkan dalam tempoh 3 hari.
9.Penyata kewangan yang telah diaudit oleh Juruaudit Berdaftar dikehendaki dikemukakan dalam tempoh 3 bulan selepas akhir kutipan.
10. Segala pungutan hendaklah digunakan bagi tujuan permohonan.

17.

PermohonanPermit Berniaga Peralatan Dan Pakaian Seragam Polis. (POL. 308)

Pemohon dikehendaki berkelulusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan borang permohonan (Pol. 308) - Permohonan diluluskan oleh Ketua Polis. Dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-
i) 3 keping gambar berukuran pasport.
ii) Sesalinan Kad Pengenalan.
iii) Sesalinan Sijil Pendaftaran Syarikat(Form 9).
iv) Sesalinan Caruman KWSP.
v) Sesalinan PenyataBank.
vi) Sesalinan Cukai Pendapatan.

18.

Permohonan Lesen Peniaga Sekendhend. (POL. 292)

Pemohon dikehendaki berkelulusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk mendapatkan borang permohonan (Pol. 292) - Permohonan diluluskan oleh Ketua Polis. Dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-
i)Sesalinan Kad Pengenalan pemohon;
ii) 4 keping gambar pemohon;
iii) Sesalinan Memorandum & Articles of associations;
iv) Sesalinan Sijil Pendaftaran Syarikat (Form 9);
v) Sesalinan senarai Lembaga Pengarah Syarikat/Ahli (Form 49);
vi) Sesalinan Form 24 (Companies Act. 1965 Return of Allotment of Shares);
vii) Sesalinan caruman KWSP syarikat;
viii) Sesalinan Penyata Bank; dan
ix) Sesalinan Cukai Pendapatan.

19.

Permohonan Pembaharuan Permit Mengimport / Membeli / Memakai / Memiliki Baju Kalis Peluru; Permit Berniaga Peralatan Dan Pakaian Seragam Polis; Lesen Peniaga Sekendhend.

Lesen Peniaga Sekendhend
i) Borang Permohonan (Pol. 122A);
ii) Lesen yang telah diluluskan;
iii) Sesalinan Sijil Pendaftaran Syarikat (Form 9); dan
iv) Sesalinan Lesen Premis (di bawah Akta Kerajaan Tempatan).

Permit Penjualan Peralatan Seragam Polis
i) Borang Permohonan (Pol. 122A);
ii) Lesen yang telah diluluskan;
iii) Sesalinan Sijil Pendaftaran Syarikat (Form 9); dan
iv) Sesalinan Lesen Premis (di bawah Akta Kerajaan Tempatan).

Permit Mengimport, Membeli, Memakai, Memiliki Baju Kalis Peluru
i) Borang Permohonan (Pol. 280A); dan
ii) Permit yang telah diluluskan.

20.

Permohonan Lesen Perarakan; Lesen Perhimpunan Dan Mesyuarat; Dan Lesen Tarian Singa.

Pemohon dikehendaki berkelulusan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran permohonan diluluskan oleh Ketua Polis Daerah. Dokumen yang perlu disertakan seperti berikut:-
Permohonan lesen untuk mengadakan perjumpaan dan mesyuarat; permohonan lesen mengadakan perarakan (selain dari perarakan kematian)
i) Borang Permohonan (Pol. 310);
ii) Senarai nama penuh / alamat / nombor telefon / kad pengenalan / jawatan penceramah;
iii) Salinan surat kebenaran menggunakan tempat/dewan/sekolah/rumah orang perseorangan/padang dimana sesuatu majlis/mesyuarat/perjumpaan akan diadakan; dan
iv) Salinan fotostat kad pengenalan dari pengerusi, setiausaha, bendahari dan lain-lain.

Permohonan Lesen Mengadakan Tarian Singa
i)Borang permohonan (Pol. 312);
ii) Senarai tempat pertunjukan;
iii) Senarai ahli/peserta No. Kad Pengenalan, umur, alamat;
iv) Senarai nama orang kenamaan yang akan hadir;
v) Contoh dokumen/risalah yang akan diedarkan (jika ada); dan
vi) Lesen pungutan derma (jika ada).

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS