Jenayah penipuan dalam talian atau “scam” di Selangor terus berada pada tahap membimbangkan apabila mencatatkan kerugian sehingga RM59.6 juta dalam tempoh enam bulan tahun ini.
Menurut Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed, jumlah kerugian itu membabitkan 1,354 kes dengan penipuan paling tinggi adalah dalam talian dan menyumbang kepada 75 peratus daripada keseluruhan kes komersil di negeri itu.
Tambah beliau lagi, setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan penjenayah dalam talian ini.