Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar (2010 - 2013)

YDH Tan Sri Haji Ismail Haji Omar dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah. YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Hj Omar telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 13 September 2010. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke sembilan menggantikan Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan yang bersara pada 12 September 2010. Beliau dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat beliau "Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya". 

"Saya akan bekerja berpaksi kepada bidangkuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang dan menentukan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik bagi kesejahteraan seluruh rakyat dan negara Malaysia"

Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Ismail Bin Hj Omar :-
1971 - Insp. Pelatih
          Maktab Polis Kuala Kubu Bahru

1972 - Pegawai Penyiasat Jenayah
          IPD Seremban, Negeri Sembilan

1975 - Pegawai Penyiasat Jenayah
          IPD Kuala Pilah, Negeri Sembilan

1977 - Pegawai Penyiasat Trafik
          IPD Ipoh, Perak

1978 - Pegawai Penyiasat Jenayah
          IPD Krian, Perak

1980 - OC Pusat Latihan Kawasan Latihan Taiping 
          Taiping, Perak

1980 - OC Pusat Latihan Luar PLP Latihan Taiping
          Taiping, Perak

1983 - PPP Siasatan (U) TT
          Jabatan Pengurusan, Bukit Aman

1986 - PPP Siasatan (U) TT 
          Jabatan Pengurusan, Bukit Aman

1992 - TPP Siasatan (S) Tatatertib 
          Jabatan Pengurusan, Bukit Aman

1993 - DSP Bantuan Teknik Tatatertib
          Jabatan Pengurusan, Bukit Aman

1993 - DSP Rayuan Tatatertib
          Jabatan Pengurusan, Bukit Aman

1994 - PP Mahkamah 
          IPD Ipoh, Perak

1996 - Ketua Polis Daerah
          IPD Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang

1999 - ACP Pendakwaan/Undang-Undang
          JSJ, Bukit Aman

2004 - Ketua Pen. Pengarah II (BSJP) 
          JSJ, Bukit Aman

2005 - Timbalan Pengarah II JSJN 
          JSJN, Bukit Aman

2006 - Ketua Polis Selangor

2007 - Pengarah Pengurusan 
          Bukit Aman

2007 - Timbalan Ketua Polis Negara

2010 - Ketua Polis Negara (13 September 2010)

Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS