Menu

KPN HADIR MAJLIS 'OFFICIAL RECEPTION' RAI KEHADIRAN DELEGASI LUAR DAN DALAM NEGARA SEMPENA DSA & NATSEC ASIA 2024


Kuala Lumpur, 5 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke majlis 'Official Reception' meraikan kehadiran delegasi luar dan dalam negara sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang diadakan di Hotel Majestic, di sini, malam tadi.

Ia turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama timbalannya Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah.

Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara kesemua delegasi yang menyertai pameran bertaraf antarabangsa itu yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Pameran yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 9 Mei 2024 tersebut melibatkan sebanyak 1,200 syarikat dengan penglibatan daripada 60 buah negara yang mana pelbagai teknologi seperti sistem elektronik, simulator, sistem senjata dan peluru, sistem marin, platform penerbangan, sistem tanpa pemandu, sistem peluru berpandu serta platform kenderaan berperisai akan dipamerkan.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi DSA, Tan Sri Amat Kamaludin, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli

May be an image of 10 people and text that says 'Hosted, Supported C-arganisedy MINISTRY DEFENCE MINISTRY HOME AFFAIRS 2024 DEFENCE FENCESEF SEFLICES 1IN:0 1 ASIA2024 고용의 NATSEC 6-9 -9MAY 6-9MAY2024 MAY 2024 MITEC. KUALA LUMPUR S STI 2 TELa Q'

May be an image of 8 people and suit

May be an image of 2 people and dais

May be an image of 9 people, crowd and dais

May be an image of 9 people, suit and text

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 4 people

May be an image of 1 person and text that says 'ΤΒΑ NASL JAER THEMAJESTICHOTEL THE MAJESTIC HOTEL KUALA KUALALUMPUR LUMPUR'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS