AMALAN HIJAU PDRM Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau merupakan inisiatif PDRM untuk menyahut Dasar Teknologi Hijau Negara, sekali gus menjadi agensi Kerajaan yang pertama dalam mempelopori amalan-amalan hijau bagi mengurangkan aktiviti-aktiviti harian yang boleh memberi kesan langsung ataupun tidak langsung kepada komuniti, persekitaran tempatan, serantau dan global. Usaha ini amat penting demi menjaga kelestarian alam sekitar kerana bumi yang kita hidup ketika ini adalah warisan generasi akan datang. Ke arah melestarikan alam sekitar, PDRM mengorak langkah permulaan dengan melancarkan Teknologi Hijau PDRM pada 27 Disember 2012 serta agenda Go Green PDRM bertujuan meningkatkan kesedaran warga PDRM tentang kepentingan pelaksanaan Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau. Ia merupakan inisiatif PDRM untuk menyahut Dasar Teknologi Hijau Negara di pejabat-pejabat, balai-balai serta institusi-institusi PDRM keseluruhannya. Agenda Teknologi Hijau Negara yang bertujuan menggalakkan pemuliharaan alam sekitar dan menjamin persekitaran yang selamat kepada masyarakat. Blueprint atau rangka tindakan pembangunan ini telah dilancarkan oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 9 Januari 2014 dengan tujuan mewujudkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan warga PDRM dan masyarakat tentang konsep amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau, sekaligus menjadikan PDRM sebagai perintis dan contoh agensi kerajaan yang pertama dalam mempelopori amalan dan teknologi hijau di sektor awam. Seminar Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) PDRM yang berlangsung pada 27 November 2014 telah berjaya meletakkan PDRM sebagai perintis dalam pelaksanaan perolehan hijau kerajaan. PDRM melalui Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Logistik, telah mengorak langkah yang positif untuk menyahut seruan kerajaan dengan mengatur pelbagai program membudayakan amalan hijau dan mengaplikasikan Teknologi Hijau sebagai agenda penting jabatan dalam menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. Atas kesedaran bahawa pembangunan yang seimbang dan lestari adalah penting bagi menjamin kualiti hidup masyarakat, StaRT memberi tumpuan utama ke arah:-
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016