Article
OP TARING ALPHA 2 AND OP TARING ALPHA 5: SUCCESS OF SIX ENFORCEMENT OPERATION SERIES
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperhebat usaha membanteras aktiviti penyeludupan menerusi enam siri operasi, Op Taring Alpha 2 dan Op Taring Alpha 5 yang...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperhebat usaha membanteras aktiviti penyeludupan menerusi enam siri operasi, Op Taring Alpha 2 dan Op Taring Alpha 5 yang dijalankan pada 22 hingga 27 Oktober 2026 di sekitar Sabah.
PDRM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menahan tiga individu serta rampasan nilai keseluruhan dianggarkan hampir 16.88 juta dalam enam siri operasi tersebut.
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan PDRM bersama agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang demi melindungi kepentingan negara dan kesejahteraan masyarakat.
Jangan lupa ikuti media sosial rasmi PDRM untuk mendapatkan informasi terkini.
Facebook: facebook.com/pdrmsiaofficial
Instagram: instagram.com/pdrmsia_official
YouTube: youtube.com/user/PDRMsia
Telegram: t.me/PDRMsia_Official
TikTok: tiktok.com/@pdrmsia_rasmi