Official Portal of the Government of Malaysia

Press Esc to close

Service preview

Next-Gen RMPPDRM
Service address:
Service preview
Connecting to service...
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Taklimat Ruu Jenayah Siber 2026

Published: 18 Nov 2026 1.03 PM Updated: 19 Nov 2026 12.20 PM
Online reference
https://www.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-taklimat-ruu-jenayah-siber-2026
Scan to view the latest live version.
Kod QR halaman
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 20/11/2026 03:41 MYT

Kuala Lumpur, 18 November 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid hari ini menghadiri Taklimat Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang dianjurkan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Taklimat yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah itu bertujuan memberi pendedahan serta pemahaman berhubung peruntukan serta implikasi penggubalan RUU Jenayah Siber 2026, khususnya berkaitan aspek penyiasatan dan pendakwaan kes jenayah siber.

RUU Jenayah Siber 2026 yang telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 1 Julai 2026, seterusnya diluluskan di Dewan Negara pada 20 Julai 2026, merupakan satu langkah penting dalam mewujudkan kerangka perundangan jenayah siber yang lebih holistik serta selaras dengan perkembangan teknologi digital.

Taklimat disampaikan oleh Pengarah Bahagian Perundangan Keselamatan Siber, NACSA, Puan Norhayati Ahmad Mansor yang turut memberikan penerangan mengenai peruntukan utama RUU tersebut merangkumi kesalahan berkaitan sistem dan data komputer, pemalsuan, penipuan komputer, penyalahgunaan identiti digital serta kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan.

Pelaksanaan kerangka perundangan baharu ini diharap dapat memperkukuh keupayaan agensi penguatkuasaan dalam membanteras jenayah siber, di samping meningkatkan perlindungan terhadap masyarakat serta memastikan ekosistem digital negara kekal selamat dan berdaya tahan.

Hadir sama, Ketua Eksekutif NACSA, Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin, Ketua Unit Jenayah Komersial dan Siber, Jabatan Peguam Negara, Datuk Nazran Mohd Sham, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dr. Che Ghazali Che Awang serta barisan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Mohammad Mashdik Yahya.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

Imej kandungan

Imej kandungan

Imej kandungan

Imej kandungan

Imej kandungan

ArticlePublished 18 Nov 2026 1.03 PMUpdated 19 Nov 2026 12.20 PM