Article
Timbalan Kpn Santuni Lans Koperal Thierry Suntik Semangat Untuk Terus Tabah
Kuala Lumpur, 17 November 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid hari ini mengadakan lawatan kebajikan dan men...
Kuala Lumpur, 17 November 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid hari ini mengadakan lawatan kebajikan dan menyantuni Lans Koperal Thierry Rodger Pendy yang sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.
Dalam lawatan yang diadakan, Dato’ Sri Abdul Aziz telah menyampaikan kata-kata semangat juga sokongan moral kepada Lans Koperal Thierry dan keluarga agar terus tabah, cekal serta tidak berputus asa menghadapi ujian ini.
Pergelangan tangan Lans Koperal Thierry yang telah melalui proses penyambungan turut menunjukkan perkembangan positif apabila jari-jemarinya mula bergerak dan memberikan respons yang memberangsangkan. Perkembangan tersebut merupakan petanda positif dalam proses pemulihannya.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Noor Hisam Nordin, Timbalan Pengarah Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti, JPJKK Bukit Aman, DCP Datuk Suryani Sungit, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Mohammad Mashdik Yahya, Timbalan Pengarah Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan, JPJKK Bukit Aman, DCP Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Faisal Yahya.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi