Menu
Institusi Latihan PDRM

Program latihan/ kursus dilaksanakan di lima belas Institusi Latihan PDRM di seluruh Malaysia selain dengan pelaksanaan latihan secara desentralisasi di pelbagai peringkat merangkumi Jabatan, Kontinjen, Briged dan Formasi.

Pelaksanaan kursus dan latihan secara bersistematik dan terancang sama ada secara bersemuka atau dalam talian adalah berteraskan pembangunan kompetensi melalui pelaksanaan Analisis Keperluan Latihan (TNA) dan pembelajaran berterusan sepanjang hayat (life-long learning). Senarai institusi latihan PDRM adalah seperti berikut:

  1. Maktab PDRM Kuala Lumpur;
  2. Maktab Teknik PDRM Muar;
  3. Pusat Latihan Polis Kuching;
  4. Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur;
  5. Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu;
  6. Pusat Latihan Polis Air Hitam;
  7. Pusat Latihan Polis Langkawi;
  8. Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa;
  9. Pusat Latihan Polis Dungun;
  10. Pusat Latihan Polis Segamat;
  11. Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu;
  12. Pusat Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), Ipoh;
  13. Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA);
  14. Pusat Latihan Pasukan Simpanan Persekutuan (PLPSP) Ipoh; dan
  15. Pusat Latihan Marin, Tampoi, Johor.

Kursus dan latihan ini direkabentuk untuk dipadankan agar bersesuaian dengan pangkat dan jawatan yang disandang bagi melahirkan pegawai polis dan pegawai awam yang kompeten terhadap tugas dan tanggungjawab, profesional, inovatif serta produktif di dalam menghadapi cabaran semasa kepolisan moden. Antara program-program latihan yang dilaksanakan merangkumi PLAK, Kursus Asas dan Lanjutan merangkumi lima (5) bidang kompetensi (Siasatan, Perundangan dan Pendakwaan, Kepolisan Am, Keselamatan & Ketenteraman Awam, Risikan Keselamatan dan Pencegahan Jenayah), Kursus Asas dan Lanjutan Taktikal dan Teknikal (Persenjataan/ Pengangkutan/ Komunikasi/ Unit Udara/ Marin/ UTK/ 69 Komando/ PGA dan PSP), Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan lain-lain.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS