PDRM terbahagi kepada 10 jabatan utama yang terdiri Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Sumber Logistik dan Teknologi, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh Pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis.
Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Jabatan Siasatan Jenayah pula memainkan peranan dalam penyiasatan kes-kes jenayah serta menjalankan tangkapan dan pendakwaan pesalah-pesalah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik memikul tanggungjawab dalam penyiasatan dan pendakwaan kes-kes yang berhubung dengan masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil adalah menjalankan penyiasatan, menangkap, dan mendakwa penjenayah kolar putih, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi sebagai jabatan yang menyokong PDRM dari segi kewangan, bekalan, persenjataan dan lain-lain, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam berperanan sebagai 'operational wing' PDRM, Cawangan Khas sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat dan risikan keselamatan serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik adalah berperanan dalam menguatkuasakan lalu lintas, saman dan penyiasatan serta pendakwaan melibatkan pengguna jalan raya.
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016