Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ditubuhkan pada 9 Jun 2014 diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) dan Timbalan Pengarah (Operasi).
Objektif Objektif utama Jabatan ini adalah untuk merangka strategi, melaksanakan inisiatif-inisiatif dengan objektif untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan.
Visi Peneraju utama pencegahan jenayah bagi mengekalkan Malaysia aman dan sejahtera. Misi Mencegah jenayah secara holistik ke arah pengwujudan komuniti sejahtera. Sejarah Penubuhan JPJKK Kerajaan Malaysia pada tahun 2009 telah mengumumkan satu pelan transformasi kerajaan (Government Transformation Plan, GTP) di mana enam (6) bidang keberhasilan utama negara (National Key Result Area, NKRA) telah dikenalpasti.
Salah satu darinya ialah NKRA - Mengurangkan Jenayah di mana kajian-kajian telah menunjukkan bahawa rakyat agak bimbang dan meletakkan isu jenayah sebagai satu isu yang penting untuk ditangani oleh kerajaan. Agensi pelaksana bagi bidang yang telah mensasarkan 55 inisiatif ini ialah PDRM. Justeru pada hujung tahun 2009, satu Urusetia NKRA telah diwujudkan untuk melaksanakan semua inisiatif yang telah dikenalpasti.
Pada tahun 2013, sesi percambahan minda telah diadakan untuk mengkaji dan melihat kesesuaian untuk diwujudkan satu jabatan baru bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab pencegahan jenayah secara mantap dan bersepadu.
Pada 1 Julai, 2013, Ketua Polis Negara telah mengumumkan penubuhan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) sempena perasmian IPD Sg. Siput, Perak.
Bagi memantapkan lagi struktur organisasi jabatan baru ini, beberapa siri simulasi telah diadakan di IPD Petaling Jaya dan Balai Polis Damansara di samping menyampaikan taklimat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tentang untuk penyediaan kertas kabinet bagi mewujudkan satu jabatan baru khusus untuk pencegahan jenayah yang lebih fokus dan sesuai dengan kehendak semasa. Ini diikuti dengan beberapa taklimat kepada Jawatankuasa Pembangunan Organisasi (JPO) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memperhalusi struktur organisasi jabatan baru ini.
Pada 9 Jun 2014, Waran Perjawatan K69 telah diluluskan dan pada 25 Julai 2014 secara rasminya Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah diumumkan penubuhannya oleh Tan Sri Ketua Polis Negara.
Fungsi-fungsi
1. Mencegah jenayah
2. Menghapus peluang jenayah
3. Menghapus niat jenayah
4. Memperkasa komuniti
5. Menangani persepsi negatif masyarakat
6. Penasihat komuniti
Bahagian-bahagian JPJKK JPJKK dibahagikan lima(5) bahagian di mana setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (KPP) berpangkat SAC dan seorang Urusetia berpangkat ACP dengan tanggungjawab seperti berikut:
1. Bahagian Pengurusan Dasar / Sumber
2. Bahagian Operasi Darat
3. Bahagian Kordinasi Sumber Sokongan
4. Bahagian Kepolisan Komuniti
5. Bahagian Pendataan / Analisis
6. Urusetia JPJKK
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016