Akta Polis 1967, Seksyen 3(3) menyebutkan bahawa antara tugas pasukan polis ialah mencegah, mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah. Jabatan Siasatan Jenayah dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan tugas-tugas tersebut.
Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh seorang Pengarah yang berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh empat orang Timbalan Pengarah dibawahnya, iaitu Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Risikan / Operasi), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Jenayah Terancang), Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Forensik / Databank / DNA / Perancangan Strategi).
Visi Membebaskan negara dan dan masyarakat Malaysia dari jenayah agar rakyat hidup dalam keadaan selamat, aman dan sejahtera. Misi Mengesan, menangkap dan mensabitkan penjenayah mengikut kehendak undang-undang. Bahagian di bawah Jabatan Siasatan Jenayah adalah:-
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016