PENGENALAN GO-TO-SAFETY-POINT

 

Go-To-Safety-Point - Where People Can Seek Help When They Are In trouble” – Inisiatif   di bawah  National Blue Ocean Strategy (NBOS).

Syarikat peneraju yang mula-mula terlibat dengan GTSP adalah 7 kedai serbaneka 7-Eleven dan 2 Pejabat Pos sekitar kawasan Kuala Lumpur. Perlancaran  telah di buat pada  18 March 2013 di Bukit Bintang, KL.

Kemudian di ikuti dengan syarikat minyak Petron. Perlancaran di buat pada 14 Sept 2013 di Jalan Kuchai Lama, KL  oleh Ketua Polis Negara melibatkan 96 stesen minyak Petron dan seterusnya di kembangkan ke seluruh Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini 560 stesen.

Seterusnya inisiatif ini dikembangkan kepada syarikat minyak  Shell, sebanyak 942 stesen telah dilatih dan perlancaran peringkat kebangsaan  telah di buat pada 18 Julai 2014 oleh Ketua Polis Negara  di Stesen Shell, Jalan Batu 3, Shah Alam, Selangor.

Sebanyak 11 pengusaha stesen  BHPetrol yang terpilih di Lembah Klang telah menjalani kursus GTSP di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur pada 20 Okt 2015. Baki 219 pengusaha akan di beri latihan pada tahun 2016. Perlancaran kolaborasi GTSP PDRM dengan BHPetrol  pada 12 Nov 2015 di Stesen BHPetrol, Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor oleh Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK dan Timb. Pengarah Perancangan Strategik, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

Kini syarikat minyak Petronas telah berkolaborasi dalam inisiatif GTSP bersama-sama PDRM. Untuk itu latihan GTSP telah di berikan kepada semua 1067 pengusaha secara berperingkat bermula dengan Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan, Sabah, Sarawak dan yang terakhir bagi Zon Pantai Timur pada bulan Oktober 2016. Perlancaran GTSP PDRM bersama syarikat Petronas telah di buat pada 24 Jun 2016 @ 8.30 di stesen Petronas Jalan Kolam Lama, Ampang, Selangor oleh Ketua Polis Negara dan  Pengerusi Petronas.











Perlancaran GTSP PDRM bersama Petronas pada 24 Jun 2016 di Stesen Petronas, Jalan Kolam Lama, Ampang, Selangor.

 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS