Pengenalan
EKSA ialah singkatan dari perkataan asalnya iaitu EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM. Ia telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah 5 elemen baharu, iaitu:
Objektif Utama Penjenamaan Semula
Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk membolehkan jabatan/agensi kerajaan:
Pelaksanaan EKSA
EKSA dapat dilaksanakan secara tersusun melalui pewujudan tadbir urus dan tindakan pengurusan yang mantap merangkumi perkara-perkara seperti yang berikut:
Tahap pelaksanaan bagi setiap peringkat tindakan yang diambil perlu dilaporkan secara berkala kepada pengurusan atasan melalui mekanisme yang ditetapkan. Pemantauan secara berterusan perlu dilakukan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan pada semua peringkat, manakala kajian semula hendaklah dilakukan bagi menentukan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil. Pihak MAMPU telahpun mengeluarkan sebuah buku panduan iaitu:-
Link Pautan Panduan Pelaksanaan EKSA adalah sepertimana berikut:-
http://www.mampu.gov.my/images/agensikerajaan/perkhidmatan/Panduan_Pelaksanaan_EKSA.pdf
Pengauditan EKSA
Selaras dengan penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam, beberapa kriteria penilaian baharu telah dibangunkan. EKSA memperkenalkan model penilaian baharu yang mengandungi kriteria generik dan kriteria khusus yang mengambil kira kepelbagaian premis jabatan/agensi kerajaan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan yang dipraktikkan sebelum ini iaitu one size fits all digantikan dengan model penilaian baharu sepertImana berikut:-
Penilaian Model A adalah berdasarkan kriteria generik manakala penilaian Model B merupakan gabungan antara kriteria generik dan khusus. Kriteria penilaian yang diguna pakai adalah mengikut kesesuaian jabatan/agensi di mana terdapat 6 komponen kriteria penilaian iaitu:-
Kriteria-kriteria yang disusun adalah bersesuaian dengan keperluan yang terdapat di pelbagai jabatan/agensi. Ini bagi memastikan pengauditan dilaksanakan secara menyeluruh dan memenuhi aspek kepelbagaian dan perbezaan antara sesuatu jabatan/agensi. Kategori jabatan/agensi yang dinilai adalah seperti berikut:-
Kelayakan
Tempoh Sah Laku Sijil
Permohonan Rasmi
Permohonan rasmi jabatan/agensi yang berminat dan bersedia untuk mendapatkan pensijilan EKSA perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada MAMPU, bersama-sama laporan audit dalam yang dibuat sebanyak 2 kali serta mencapai purata markah 80.0% ke atas selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh pengauditan yang dicadangkan.
Faedah Dan Kunci Pelaksanaan EKSA
Pelaksanaan EKSA di jabatan/agensi memberikan faedah sepertimana berikut:-
Manakala kunci kejayaan pelaksanaan EKSA di sesuatu jabatan/agensi bergantung pada faktor-faktor sepertimana berikut:-
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016