Pengenalan
Sejak Amalan 5S Sektor Awam diperkenalkan pada tahun 2010 sehingga penjenamaan semula kepada EKSA pada tahun 2014, PDRM sentiasa mengikuti setiap piawaian standard yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU. Bagi PDRM, EKSA mula diadaptasi bermula tahun 2015 dan peralihan amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA telah dilaksanakan secara berperingkat dan kini, PDRM sedang membuat persediaan rapi untuk mendapatkan sijil rasmi EKSA dari MAMPU. Sebagai langkah awal, PDRM telah mengeluarkan sebuah buku panduan pelaksanaan EKSA PDRM iaitu Buku Panduan Pelaksanaan EKSA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM). Buku panduan ini Panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua jabatan/ kontinjen/ formasi/ daerah/ balai dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Melalui panduan ini juga, diperjelaskan konsep EKSA, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan, tindakan yang perlu diambil pada setiap peringkat pelaksanaan, kaedah pengauditan yang diguna pakai dan kelayakan serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan pensijilan EKSA.
Pautan Buku Panduan Pelaksanaan EKSA PDRM :
Struktur Pengurusan EKSA PDRM
Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan EKSA adalah seperti berikut:-
Jawatankuasa EKSA PDRM Peringkat Jabatan adalah seperti berikut:-
Jawatankuasa EKSA PDRM Peringkat Kontinjen adalah seperti berikut:-
Unit Penyelaras EKSA PDRM
EKSA PDRM dikelolakan oleh Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Oleh itu, sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan EKSA boleh diajukan kepada Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) melalui:
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016