Cawangan Khas diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I dan II. Selaras dengan penugasan kepolisan, fungsi utama Cawangan Khas adalah sebagai mana diperuntukkan di bawah Seksyen 3(3) dan Seksyen 20(3) Akta Polis 1967.
Pegawai dan anggota Cawangan Khas juga mempunyai kuasa-kuasa polis sepertimana termaktub dalam undang-undang negara ini.
Sejarah Penubuhan Cawangan Khas
Objektif
Cawangan Khas bertanggungjawab mengumpul dan memproses risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam serta mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.
Visi Menjadi agensi perisikan moden, kompeten, dihormati dan berintegriti dalam menangani ancaman keselamatan negara. Misi Menghasilkan inteligen keselamatan berkualiti dengan memperjelaskan dimensi ancaman, menasihati serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan berkesan dalam mengekalkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016