Menu

CARA MEMEGANG STEERING DENGAN BETUL




Masih ingat lagi cara memegang ‘steering’ yang betul? Syabas kerana anda bijak memandu. 

Anggap ‘steering’ kereta kita umpama sebuah muka jam. Maka kedudukan tangan yang selamat adalah pada kedudukan pukul 10 dan pukul 2. (Sila rujuk gambar).

Ada juga yang biasa memegang pada pukul 9 dan pukul 3. Boleh diterima, mengikut keselesaan masing-masing.

Mengapa kedudukan pukul 10 dan pukul 2 begitu penting?
Ia adalah kerana dalam keadaan kecemasan, kita hanya mempunyai kurang dari ½ saat untuk bertindak secara berkesan. Oleh yang demikian, kawalan sepenuhnya akan menentukan kestabilan kenderaan kita agar tidak mudah terbabas.

Ingatlah bahawa kedudukan tangan yang betul akan membawa kebaikan berikut:
- Menyelamatkan nyawa ketika kecemasan.
- Mengawal kereta secara stabil bila berlaku kemalangan atau terbabas.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS