Menu

250 Pelatih Konstabel Sokongan Wanita Tamat Latihan

Berita : Sjn Zaiddin Dahalan
Foto    : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin

RAWANG - 19 Apr. "Policing is not a job, it is a profession". Seorang anggota polis haruslah bersedia mengetepikan keselesaan dan kepentingan peribadi demi masyarakat dan negara, kerana kita semua telah berikrar untuk berkhidmat dengan penuh taat setia kepada Raja dan Negara", ucap YDH DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) sempena upacara Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan Konstabel Sokongan (Wanita) Siri 1/2013 pagi tadi di PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang. 

 

Hari ini merupakan puncak kejayaan kepada 250 orang Pelatih Konstabel Sokongan Wanita, 222 orang berbangsa Melayu, 2 berbangsa Cina, 7 India dan 19 lain-lain bangsa,telah berjaya mengharungi segala cabaran semasa latihan asas selama empat bulan, bermula 23 Disember 2013 dengan menunjukkan semangat yang tinggi untuk mendisiplinkan diri demi menaikkan imej pasukan.

 

Ia merupakan satu pengorbanan fasa pertama setelah berakhirnya latihan asas dan selepas daripada ini, karier dan kehidupan sebenar sebagai seorang anggota polis akan bermula, melangkah jauh dalam menempuh cabaran mendatang.

 

"Untuk mendekati hati masyarakat, semua pelatih perlu sentiasa berhemah dan bertimbang rasa dalam memahami masalah masyarakat dan segala masalah dan isu yang timbul perlu ditangani secara profesional serta pemikiran yang matang".

 

"Komunikasi, kolaborasi dan kreativiti perlu sentiasa diamalkan dalam mendekati masyarakat bagi merapatkan hubungan dan kerjasama bersama mereka", tambah beliau lagi.

 

Disamping itu,YDH DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab juga mengingatkan kepada semua pelatih akan tiga perkara yang menjadi keutamaan Ketua Polis Negara untuk memastikan PDRM sentiasa kekal relevan dalam masyarakat iaitu ketenteraman awam sebagai yang paling utama; kedua, dalam membantu mengawal serta menguruskan kadar jenayah, sama ada melalui pencegahan atau penyelesaian kes-kes dalam usaha untuk mengurangkan jenayah dan ketiga adalah keperluan untuk melihat kepada perspektif pemantapan tahap integriti dan disiplin dalam pasukan.

 

Turut hadir di upacara Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan Konstabel Sokongan (Wanita) Siri 1/2013 ialah YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali, YDH SUPT. Abdul Latiff bin Yunus, Komandan Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa, Komandan-komandan Pusat Latihan Polis, dif-dif jemputan, pegawai-pegawai kanan PDRM dan anggota serta keluarga-keluarga pelatih. 



Ketibaan YDH DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)




Pemeriksaan perbarisan...

Sekitar upacara perbarisan...
















Perbarisan membuat Lintas Hormat















Persembahan Pancaragam Pusat PDRM dan T-baton oleh pelatih...




YDH DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab beramah mesra bersama keluarga pelatih






Bergambar kenangan...





Bersama keluarga tercinta...


dari kanan...Konst/S Wahdahniah bt Othman, Terbaik Akademik, Konst/S Nur Hamizah bt Muhammad Hanafiah, Terbaik Keseluruhan dan Konst/S Lovely Tha Jelus, Terbaik Latihan Luar.




Sila layari https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia untuk melihat gambar-gambar sekitar Perbarisan Tamat Latihan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS