Menu

Ketua Polis Negara melawat Pameran Defence Service Asia (DSA)

Kuala Lumpur, 14 April - Pameran Defence Service Asia (DSA) 2014 merupakan pameran kecanggihan pelbagai gajet serta aset keselamatan dengan 1,000 penyertaan daripada 40 buah negara yang bermula pada tahun 1988 dan telah memasuki edisi ke-14 tahun ini.


Pameran Defence Service Asia (DSA) 2014 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula daripada 14 April sehingga 17 April  2014.


Pameran tersebut telah berjaya menjadi platform pelbagai pasukan keselamatan seantero dunia merentasi segenap benua untuk saling berkongsi pandangan serta teknologi terkini dalam memastikan sistem keselamatan seiring kecanggihan jenayah masa kini.


Selain itu, turut diadakan forum 'Defence And Security Forum For Peace' yang telah dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mana isu-isu keselamatan dibincangkan terutamanya penglibatan jenayah terancang yang telah berevolusi melalui rangkaian global dengan mengaut keuntungan berbilion dollar seluruh dunia hasil pengedaran dadah, pemalsuan, penipuan ,pemerdagangan manusia dan jenayah siber.












Sekitar Pameran Defence Service Asia (DSA) 2014  di PWTC.


Lawatan Ketua Polis Negara ke Pameran Defence Service Asia (DSA) 2014 























Sila layari Facebook PDRM untuk melihat gambar-gambar sekitar Pameran DSA 2014.... https://www.facebook.com/media/set/?set=a.766880663322243.1073742309.161086313901684&type=1
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS