Menu

Penipuan Along Halimunan

 
SCAM ALERT: Sindiket pinjaman ah long halimunan merupakan sindiket pinjaman tidak wujud bukan hanya memberi janji kosong tetapi akan memanipulasi mangsa untuk membuat bayaran kepada mereka sebagai bayaran proses pinjaman, sebelum menghilangkan diri.

Modus operandi yang digunakan hampir sama dengan pinjaman ah long. Namun cara urusan dijalankan berlainan kerana dalam kes ah long, suspek dan mangsa... menjalankan urusan secara bersemuka, manakala kes pinjaman tidak wujud, mangsa dan suspek hanya berhubung melalui telefon.

Modus operandi:
1. Sindiket mengedarkan brosur dan kad nama dalam menawarkan pinjaman wang di peti pos rumah dan diletakkan di cermin kereta.
2. Mangsa yang berminat membuat pinjaman akan berurusan dengan sindiket menggunakan telefon.
3. Sindiket memperdayakan mangsa dengan mengatakan pinjaman dipohon diluluskan tanpa melihat pada sebarang dokumen.
4. Setelah diluluskan, mangsa diarahkan mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebagai wang proses.
5. Setelah wang proses dimasukkan, sindiket gagal dihubungi.

Nasihat Polis
1. Sentiasa berwaspada apabila membuat sebarang urusan pinjaman dengan individu, institusi kewangan atau agensi pemberi pinjam wang (PPW).
2. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang diedarkan seperti brosur, kad nama dan poster berkenaan pinjaman wang.
3. Membuat pinjaman dengan institusi kewangan dan agensi PPW yang berlesen.
4. Sebarang urusan pinjaman diuruskan sendiri dengan hadir ke syarikat PPW atau institusi kewangan yang terlibat.
5. Elakkan menggunakan orang tengah atau ejen untuk urusan pinjaman.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS