Menu

'After Dinner-Talk' Jabatan Siasatan Jenayah

Bukit Aman - 30 April 2008. Majlis' After Dinner-Talk' telah dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di adakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH CP Datuk Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Y.Bhg. Dato' N. Siva Subramaniam, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM),  YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan juga Pegawai-pegawai Penyiasat sekitar Lembah Klang.

Penceramah jemputan ialah Yang Mulia Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim, menyampaikan ceramah bertajuk 'Siasatan Berkualiti'. Ceramah pada malam itu juga mencapai objektif dan matlamatnya serta dapat memantapkan lagi mutu dan kualiti penyiasatan Polis Diraja Malaysia.


YDH CP Datuk Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama Y.Bhg. Dato' N. Siva Subramaniam, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), 


Antara yang hadir...dari kiri, YDH SAC II Mazlan bin Mansor, KJSJ Selangor, YDH SAC II Dato' Abdul Malik bin Hj. Harun, KPP D10 dan YDH SAC I Shatar bin Abdul Jalil , T/PJSJ (S/P)


Doa selamat...antara Pegawai-Pegawai Penyiasat (IO) dari sekitar Lembah Klang yang turut hadir


Pengerusi, YDH ACP Razali bin Basri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah


YDH SAC I Dato' Jamaludin bin Hj. Khalid, Timb. Pengarah II Operasi KDN/KA di sesi soal jawab


Cenderahati... YDH CP Datuk Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menyampaikan cenderahati kepada Penceramah, Yang Mulia Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS