Kuala Lumpur - 20 Jun 2009. Hari Keluarga PDRM 2009 telah diadakan dengan meriahnya di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih kurang 8,000 ribu orang.
Majlis Perasmian Hari Keluarga 2009 telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusof, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Y.Bhg. Datin Wira Rohimi binti Yeop. Hadir sama di Majlis Hari Keluarga PDRM 2009 ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Hassan, Ketua Polis Negara dan isteri, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri, YDH Dato' Seri dan Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, dif-fif jemputan serta warga Polis Diraja Malaysia.
Pelbagai acara telah diadakan sempena Hari Keluarga PDRM 2009. Antaranya pertunjukan oleh unit-unit PDRM, persembahan kebudayaan serta nyanyian, gerai-gerai pameran serta gerai-gerai jualan dan juga sukaneka untuk VVIP, dewasa dan kanak-kanak.

Persembahan yang menarikoleh Pasukan Gerakan Am PDRM

Tarian 'Gayung Perang' oleh Pasukan Gerakan Khas, Komando 69

Terjunan yang tepat oleh Komando 69 dalam pertunjukan payung terjun

Tarian Zapin oleh Kebudayaan Muzium PDRM

YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusof mencuba permainan 'Petanque'

Menyaksikan keupayaan robot pemusnah bom model terbaru yang dikenali sebagai 'Robatic Vehicle TeoDor'

Gerai pameran Komando 69...

Fotofit...membuat lakaran wajah orang yang dikehendaki

Gerai Jualan PERKEP Jabatan Pengurusan

Pertandingan Golf VVIP

Acara sukaneka untuk kanak-kanak

YDH Ketua Polis Negara dan diiringi oleh YDH SAC II Dato' Azian Yahya, Setiausaha Polis Malaysia menunggang kuda Unit Berkuda PDRM