Bukit
Aman - Mei 2008. Majlis Penyerahan cek sumbangan Henikwon Corporations
Sdn. Berhad kepada PDRM telah berlangsung di Auditorium PDRM.
Cek
bernilai RM100,000 itu telah disampaikan oleh Dato' Bryce B. H. Kwon,
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Henikwon Corporations
Sdn. Bhd kepada Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis
Negara mewakili PDRM.
Henikwon
Corporations Sdn. Berhad telah menyumbangkan kali pertama pada November
2006 sebanyak RM100,000 kepada Cawangan Kebajikan PDRM . Wang
tersebut telah disalurkan kepada anak-anak pegawai serta anggota PDRM
yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan matrikulasi.
Hadir
sama menyaksikan penyerahan cek tersebut ialah Dato' Ismail Haji Omar,
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Abdul Razak Haji Bokhari, Pengarah
Pengurusan, Dato' Mashuri Zainal, Pengarah Jabatan Logistik dan DCP
Dato' Harun Idris, Timbalan Pengarah I, Cawangan Khas, SAC I Zaleha Abd.
Rahman , Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) dan Supt. Azizi
Mohd Yusof, Pegawai Kebajikan PDRM.

Dato'
Bryce B. H. Kwon, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Henikwon Corporations Sdn. Bhd menyerahkan cek bernilai RM 100,000
kepada Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara
mewakili PDRM.