Istana Negara - 8 Julai 2008. Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 201, telah berlangsung di Istana Negera, Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Julai 2008.
Istiadat penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Lima orang Pengarah Jabatan dalam PDRM mengetuai senarai penerima Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP). Mereka ialah YDH CP Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Dato' Mashuri Zainal Pengarah Jabatan Logistik, YDH CP Dato' Koh Hong Sun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), YDH CP Dato' Hussin Hj. Ismail Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDN/KA) dan YDH CP Dato' Zulhasnan Najib Baharudin Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
Seramai 63 orang pegawai kanan menerima Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), 89 orang menerima Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), 26 pula menerima Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP), manakala 227 orang menerima Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP).
Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan Ketua Polis Negara, Y,Bhg. Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara.

Ketibaan YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato Seri Musa Dato Hj. Hassan, Ketua Polis Negara diiringi YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara, masuk ke Balairong Seri Istana Negara.

Sebahagian hadirin yang hadir pada istiadat tersebut.

YDH CP Dato Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM disematkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Sub Insp. Mohd Rozi Hj. Halim Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Kota Setar, Kedah menerima Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP)

Dato Seri Syed Hamid Albar Menteri Dalam Negeri dan Senator Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh Timbalan Menteri Dalam Negeri turut hadir pada istiadat tersebut.

Lima Pengarah Jabatan PDRM menerima Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).
Dari kiri .... YDH CP Dato' Zulhasnan Najib Baharudin Pengarah JSJN, YDH CP Dato Koh Hong Sun Pengarah JSJK, YDH CP Dato Hussin Hj. Ismail Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM dan YDH CP Dato Mashuri Zainal Pengarah Jabatan Logistik.

Bergambar selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis