PULAPOL Kuala Lumpur - 13 Disember 2008. Karnival Sukan Mess PDRM 2008 berlangsung selama dua hari bermula 13 Disember 2008 hingga 14 Disember 2008 di PULAPOL Kuala Lumpur.
Karnival Sukan Mess PDRM 2008 merupakan salah satu daripada peranan yang telah dimainkan oleh rantaian jentera Mess Pegawai Kanan PDRM dan sebanyak tujuh acara sukan telah dipertandingkan kali ini. Acara-acara tersebut ialah bowling, bola tampar, tarik tali, bola sepak, badminton, ping pong dan golf. Di sebelah malam, bertempat di Mess Pegawai Bukit Aman pada 14 Disember 2008, jam 8.30 malam di adakan majlis penutupan, Malam Mesra Mess PDRM dan tetamu dihiburkan dengan pertandingan akhir nyanyian antara jabatan-jabatan PDRM.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Majlis Penutupan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir di majlis tersebut ialah YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM, YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Ahli-ahli Jawatankuasa Mess Bukit Aman serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Karnival Sukan Mess PDRM yang diadakan pada setiap tahun merupakan salah satu program yang telah dirancang di dalam kalendar tahunan aktiviti mess. Karnival Sukan ini juga hanya melibatkan golongan pegawai-pegawai kanan PDRM sahaja. Tujuannya adalah untuk memupuk semangat juang, kredibiliti dan kewajaran kedudukan setiap pegawai yang bakal mewarisi kepimpinan pasukan suatu masa nanti.
Karnival Sukan Mess PDRM 2008 ini juga akan memberi peluang kepada pegawai-pegawai kanan di Bukit Aman untuk mempamer dan mengasah bakat serta kebolehan masing-masing. Karnival ini juga tidak hanya menjurus kepada pertandingan semata-mata, sebaliknya adalah untuk memupuk semangat setiakawan yang jitu, hubungan yang akrab di kalangan pegawai-pegawai supaya terbentuk satu ikatan, ibarat sebuah kelurga di dalam PDRM.
KEPUTUSAN KARNIVAL SUKAN MESS PDRM 2008
Johan Keseluruhan Karnival Sukan Mess PDRM 2008 ~ Jabatan KDN/KA
Bola Tampar
Johan - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Naib Johan - Jabatan KDN/KA
Ketiga - Jabatan Logistik
Ping Pong
Johan - Cawangan Khas
Naib Johan - Jabatan Logistik
Ketiga - Jabatan Pengurusan
Bowling
Johan - Cawangan Khas
Naib Johan - Jabatan Pengurusan
Ketiga - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Bola Sepak
Johan - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Naib Johan - Jabatan KDN/KA
Ketiga - Cawangan Khas
Badminton
Johan - Jabatan KDN/KA
Naib Johan - Cawangan Khas
Ketiga - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik / Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Tarik Tali
Johan - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Naib Johan - Cawangan Khas
Ketiga - Jabatan KDN/KA
Golf
Johan Keseluruhan - Jabatan KDN/KA

Majlis Perasmian oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Ikrar Rukun Negara/Kejohanan oleh YDH Supt. Azhan bin Hj. Abdul Halim

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara memulakan acara pertama, acara tarik tali antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menentang Pasukan Cawangan Khas.

Bola Tampar...Jabatan Siasatan Jenayah (baju oren) bertemu Jabatan Logistik

Bola sepak antara Jabatan Pengurusan bertemu Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam

Perbarisan Terbaik...Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang diketuai oleh 'Chief De Mission' YDH SAC II Dato' Roslan bin Haji Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan

Johan Pertandingan Nyanyian...Insp Usman Lanaga, membawa lagu ~ Fantasia Bulan Madu ( Kumpulan Search)

Johan Bola Tampar... Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menerima Piala Pusingan daripada YDH CP Datuk Seri Ramli bin Sha'ari, Pengarah Cawangan Khas sambil diiringi oleh YDH DCP Dato' Acyrl Sani bin Haji Abdullah Sani, Naib Yang Di-Pertua Mess

Johan Ping Pong - Cawangan Khas

Johan Bowling - Cawangan Khas

Johan Bola Sepak - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Johan Badminton - Jabatan KDN/KA

Johan Tarik Tali - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Johan Keseluruhan Golf - YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA menerima Piala Pusingan Sukan Golf yabg disumbangkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Johan Keseluruhan Karnival Sukan Mess PDRM 2008 ~ Dengan mengumpul 50 mata dalam semua acara, Jabatan KDN/KA berjaya membawa pulang Piala Pusingan Keseluruhan Yang Di-Pertua Mes Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman.

Penutup...C/Insp Saipul Anuar bin Razali menyerahkan Bendera Kejohanan Karnival Sukan Mess PDRM 2008 kepada YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Jumpa lagi tahun hadapan.