Johor Bahru, Johor - 23 Jun 2007. Kontinjen Johor telah diberikan
penghormatan sebagai penganjur Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Piala
KPN 2007, yang bermula pada 21-23 Jun 2007.
Kejohanan Olahraga
telah berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin
sementara Kejohanan Tarik Tali pula di Padang IPK Johor. Majlis
perasmian dan penutupan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan
Yunos, Larkin.
Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh YB Tuan
Hj. Ab. Aziz Kaprawi, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor
sementara Majlis Penutupan oleh YDH DCP Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari,
Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) merangkap pemangku Pengarah
Pengurusan PDRM. Hadir sama dimajlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Hussin
Hj Ismail, Ketua Polis Johor, Ketua-ketua Polis Negeri,
Komander-komander Briged PGA dan Komandan Maktab dan Pusat Latihan
Polis.
Seramai 928 orang atlit dan pegawai dari 24 kontinjen dan
formasi menyertai temasya sukan kali ini. Kontinjen dari PULAPOL Kuala
Lumpur telah menjadi johan sementara Kontinjen Bukit Aman di tempat
kedua, ketiga dari Kontinjen Briged Tengah PGA dan keempat Kontinjen
Briged Utara PGA.

Kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur yang menjuarai Sukan Olahraga dan Tarik Tali Piala KPN 2007