Menu

Le Tour de Langkawi 2008

Kuala Lumpur - 17 Februari 2008. Edisi ke-13 Le Tour de Langkawi 2008 (LTdL 2008) membuka tirainya di Alor Star pada 9 Februari 2008 dan tamat di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2008 di mana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merupakan  penaja dan penganjur utama Le Tour de Langkawi 2008.

LTdL 2008 adalah perlumbaan basikal keempat berprestij di dunia selepas Tour de France, Vuelta d’Espania dan Giro d’Italia dan mencapai status Hors Classe 2.0. Semenjak diperkenalkan pada tahun 1996, LTdL 2008 yang telah memasuki edisi ke-13 telah menarik seramai 150 orang pelumba dari 30 warganegara berbeza.Sebanyak 25 pasukan mengerah kudrat tenaga kepada 9 peringkat dengan jarak kesukaran yang berbeza beza. Jarak kayuhan LTdL 2008 meliputi sejauh 1,377.4 kilometer dan merentasi sepuluh negeri.

Perlumbaan berlangsung pada hari pertama iaitu 9 Februari 2008 dimana peserta bermula dari Alor Setar - Kepala Batas yang membabitkan perjalanan sejauh 182.6 kilometer. Laluan kedua, peserta meneruskan perjalanan dari Butterworth  ke Setiawan dengan jarak kayuhan sejauh 159.7 kilometer. Laluan ketiga pada hari Isnin bermula dari Setiawan ke Banting melalui laluan sejauh 209.4 kilometer. Keesokkan harinya,laluan keempat bermula dari Port-Dickson ke Batu Pahat dengan jarak kayuhan sejauh 169 kilometer. Laluan kelima dari Johor Bahru ke Bandar Penawar sejauh 139.9 kilometer. Laluan keenam pula bermula dari Bandar Penawar hingga Kuala Rompin dengan jarak sejauh 182.8 kilometer. Kayuhan seterusnya bermula dari Kuala Rompin ke Kuantan  sejauh 126.6 kilometer. Ia diteruskan ke laluan kelapan iaitu dari Temerloh ke Bukit Fraser, sejauh 127 kilometer. Laluan terakhir kriterium sejauh 80.4 kilometer pada hari Ahad 17 Februari mengakhiri garisan penamatnya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1996, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memainkan peranan yang besar untuk menentukan kelancaran serta kejayaan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2008. Ianya bukan saja dari segi menentukan tahap keselamatan peserta-peserta perlumbaan basikal, peserta-peserta Cavalcade LTdL 2008 dan petugas-petugas terjamin, malahan aspek-aspek keselamatan orang ramai juga dititik beratkan dibahu PDRM. Penugasan yang lain ialah membuat hebahan awal kepada kenderaan dan orang awam, menghubungi kontinjen daerah yang akan dilalui, memastikan konvoi perlumbaan mengikut arah yang dirancang dan mengenal pasti halangan yang merbahaya kepada pelumba dan konvoi. Tugas yang dipertanggungjawabkan dan di amanah ini adalah bagi menentukan keselamatan dan kelancaran serta keselesaan bukan sahaja kepada para pelumba tetapi juga kepada pegawai kejohanan dan penonton yang tetap setia memberi sokongan dan mendapat kepujian.

Polis Diraja Malaysia telah diketuai oleh YDH  SAC II Dato' Haji Hamza bin Taib, Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia. Cawangan Trafik telah diketuai oleh ASP Kamaruzaman Abdullah sebagai Command 1 dengan keanggotaan seramai 111 orang. Penugasan pula dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Command, Lead Car, Lead Cavalcade, Pro Bukit Aman, Police Cavalcade, Moto Pilot, Moto Hazard, Moto Cavalcade,  Tecnical Comminication, Team Mechanics dan Team Luggage. Unit Udara pula seramai 25 orang dan diketuai oleh Supt. Noryazid Abd Rahman sementara Bahagian Keselamatan diketuai oleh ASP Suhailan Saharudin dengan kekuatan seramai 54 orang. Cawangan Perhubungan Awam (PRO) Bukit Aman pula membuat liputan sepanjang berlangsungnya perlumbaan dan mengedarkan sebanyak 5000 cenderamata kepada orang ramai di 53 hentian seluruh negeri yang terlibat sebagai laluan LTdL 2008. Selain itu, anggota trafik dan tugas am daerah yang terlibat turut sama membantu mengawal lalulintas dan dibantu oleh lain-lain jabatan seperti Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPA 3 dan anggota penguatkuasa perbandaran. Masing-masing dengan penugasan dan tanggungjawab tersendiri tetapi bekerja untuk satu tujuan dibawah satu matlamat menjayakan LTdl 2008.

Juara Le Tour de Langkawi 2008, Keseluruhan (Jersi Kuning) diungguli oleh Ruslan Ivanov dari Serramenti PVC, Terbaik Asia Keseluruhan (Jersi Biru), Shinichi Fukushima dari Meitan-Hampo-GDR, Juara Pecut (Jersi Hijau) Aurlien Clerc dari Bouygues Telecom, Kategori Polka Dot (Jersi Merah) Filippo Savini dari CSF Group-Navigarel, Pasukan Terbaik Keseluruhan Serranebti PVC dan Asia Keseluruhan, Seoul Cycling.


YDH SAC II Dato' Hj. Hamza bin Taib, Ketua Trafik Pasukan bergambar kenangan bersama petugas-petugas dari Cawangan Trafik


Terima kasih...YDH SAC II Dato' Haji Hamza bin Taib bersalaman dengan anggota dari Bahagian Keselamatan


Ketua Pegawai Operasi LTdL 2008 Datuk Naim Mohamad bersalaman dengan petugas-petugas dari Cawangan Trafik


Konvoi petugas-petugas Cawangan Trafik di ketuai oleh Command I, ASP Kamaruzaman Abdullah melalui pentas utama di Dataran Merdeka


Juara LTdL 2008...Pemenang semua kategori bergambar selepas berakhirnya perlumbaan Le Tour de Langkawi 2008 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS