Bukit Aman - Majlis Pemakaian Pangkat Pengarah Pengurusan dan Pengarah Jabatan Logistik PDRM telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.
Hadir sama dimajlis tersebut, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan Datin-Datin, Timbalan-Timbalan Pengarah dan isteri, YDH Pesuruhjaya Polis dan Ketua-Ketua Polis Negeri serta isteri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli-ahli PERKEP serta wakil-wakil media.
YDH DCP Dato' Abdul Razak bin Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah dilantik menjawat jawatan Pengarah Pengurusan PDRM dengan memangku pangkat CP sementara YDH DCP Dato' Mahsuri bin Zainal, Timbalan Pengarah I, Jabatan Logistik Bukit Aman telah dilantik Pengarah Jabatan Logistik dengan memangku pangkat CP. Jawatan dan pangkat pemangkuan berkuatkuasa mulai tarikh serah menyerah tugas pada 8 Januari 2008.

Pemakaian Pangkat...YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan memakaikan pangkat Komisioner Polis ( CP ) kepada YDH DCP Dato' Abdul Razak bin Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang telah dilantik menjawat jawatan Pengarah Pengurusan PDRM

YDH DCP Dato' Mahsuri bin Zainal, Timbalan Pengarah I, Jabatan Logistik Bukit Aman telah dilantik Pengarah Jabatan Logistik dengan memangku pangkat CP.