Menu

Sidang Akhbar YDH Ketua Polis Negara

Bukit Aman - 30 Januari 2008. Satu sidang akhbar oleh YDH IG Tan Sri Musa Bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara telah di adakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 30, Bukit Aman.

Hadir di sidang akhbar tersebut ialah YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH SAC II Azian bin Yahya, Setia Usaha Polis Malaysia (SUPM),  YDH ACP Lai Yong Heng, Penolong Pengarah Pengurusan (HEA), YDH ACP Razali bin Basri, Urusetia KPN dan juga wakil-wakil media.

Dalam sidang akhbar itu, YDH Ketua Polis Negara memaklumkan, sebanyak 107 Balai Polis dan 55 Pondok Komuniti Polis di Taman Perumahan akan diwujudkan, melibatkan 4 kontinjen iatu Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

PREMIS-PREMIS YANG DIKENALPASTI UNTUK DISEWA

KONTINJEN

BALAI POLIS

PONDOK KOMUNITI POLIS

KUALA LUMPUR

26

20

SELANGOR

57

15

JOHOR

9

10

PULAU PINAG

15

10


CADANGAN IMPLEMENTASI SEWAAN BALAI POLIS DALAM TAHUN 2008

KONTINJEN

JUMLAH

15 FEB

15 MAC

15 APR

KUALA LUMPUR

26

16

5

5

SELANGOR

57

20

20

17

JOHOR

9

9

-

-

PULAU PINANG

15

15

-

-


Lokasi Rumah Kedai Kontinjen Kuala Lumpur
IPD Brickfields

1. Balai Polis Kerinchi, Rumah Kedai Desa Aman 2
2. Balai Polis Taman Desa, Rumah banglo 2 tingkat
IPD Cheras
1. Balai Polis Alam Damai, menaiktaraf Pondok Polis Alam damai
2. Balai Polis Taman Midah, Rumah kedai 2 tingkat kawasan pembangunan
3. Balai Polis Taman Segar, Rumah kedai 2 tingkat di Taman Segar
4. Balai Polis Sri Permaisuri, Rumah kedai 4 tingkat di Taman Permaisuri
IPD Dang Wangi
1. Balai Polis Bukit Bintang, Bangunan milik persendirian
2. Balai Polis Putra, Wisma Yap Kwee Hong No. 123 Jalan Ipoh
3. Balai Polis Kenanga, Milik DBKL
IPD Pencala
1. Balai Polis Bangsar, Rumah kedai no. 2 Jalan Telawi 4
2. Balai Polis Sri Hartamas, menaiktaraf Pondok Polis Mount Kiara
IPD Sentul
1. Balai Polis Sentul Raya, rumah kedai Sentul Raya
2. Balai Polis Segambut, Plaza Sinar
IPD Wangsa Maju
1. Balai Polis Sri Rampai, 17/19 Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju
2. Balai Polis Danau, 4 tingkat Danau Kota Parade
3. Balai Polis Dato' Keramat, Rumah kedai di Jalan Maktab 6

Lokasi Rumah Kedai Kontinjen Selangor
IPD Ampang Jaya
1. Balai Polis Pandan Perdana, Ampang
2. Balai Polis Ukay Height, Ampang
IPD Gombak
1. Balai Polis Bandar Country Home
2. Balai Polis Batu Caves, Selayang
IPD Hulu Langat
1. Balai Polis Bandar Tun Husain Onn, Cheras
2. Balai Polis Taming Jaya, Kajang
3. Balai Polis Bandar Sg. Long
IPD Kelang
1. Balai Polis Bandar Baru Kelang, Meru
2. Balai Polis Taman Sentosa
3. Balai Polis Kapar, Klang
IPD Kuala Selangor
1. Balai Polis Saujana Utama
IPD Petaling Jaya
1. Balai Polis Tropicana Petaling Jaya
IPD Shah Alam
1. Balai Polis Setia Alam di U13
2. Balai Polis Seksyen 7, Shah Alam
IPD Subang Jaya
1. Balai Polis Lembah Subang
2. Balai Polis Petaling Jaya Selatan
3. Balai Polis Bandar Putri Puchong
4. Balai Polis Taipan, Subang Jaya
5. Balai Polis Taman Kinrara
6. Balai Polis Damansara Damai

Lokasi Rumah Kedai Kontinjen Johor
IPD Johor Bahru Utara
1. Balai Polis Kempas, IPD Johor Bahru Utara
2. Balai Polis Taman Iskandar, IPD Johor Bahru Selatan
3. Balai Polis Taman Perling, IPD Johor Bahru Utara
IPD Kulai
1. Balai Polis Kelapa Sawit
2. Balai Polis Seelong
3. Balai Polis Indrapura
IPD Nusajaya
1. Balai Polis Bukit Indah
2. Balai Polis JSNAC (Johor State New Admin Centre)
3. Balai Polis Mutiara Rini

Lokasi Rumah Kedai Kontinjen Pulau Pinang
IPD Barat Daya
1. Balai Polis Sungai Korok
2. Balai Polis Sungai Pinang
IPD Seberang Perai Selatan
1. Balai Polis Taman Tasik Mutiara
2. Balai Polis Taman Seruling Emas
IPD Seberang Perai Tengah
1. Balai Polis Sunway Carnival Mall
2. Balai Polis Auto City
3. Balai Polis Hospital Seberang Jaya
IPD Seberang Perai Utara
1. Balai Polis Mak Mandin 11
2. Balai Polis Bertam Perdana
IPD Seberang Perai tengah (Selatan)
1. Balai Polis Batu Kawan, Seberang Perai Selatan
2. Balai Polis Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan
IPD Seberang Perai Utara
1. Balai Polis Kuala Muda, Seberang Perai Utara
IPD Timur Laut
1. Balai Polis Island Park
2. Balai Polis Desa Permai Indah
3. Balai Polis Pantai Jerjak.

Jumlah keanggotaan yang diperlukan untuk bertugas di Balai Polis ialah 1 Sarjan, 1 Koperal dan 6 L/Kpl/Konst dan keanggotaan Pondok Komuniti Polis  ialah 2 L/Kpl/Konst. Jumlah anggota yang diperlukan untuk bertugas di Balai Polis dan Pondok Kominiti ialah seramai 590 orang (Febuari). Seramai 350 anggota akan ditempatkan di Balai Polis dan 240 anggota kontrak diambil untuk menampung kekosongan yang wujud.
Proses pengambilan pegawai dan anggota secara kontrak fasa pertama seramai 400 orang mengambil masa selama 3 bulan (akhir Jun 2008). Mulai 1 Julai 2008 seramai 300 lagi pegawai dan anggota kontrak akan diambil secara berperingkat-peringkat setiap 3 bulan. Proses ini akan berterusan sehingga mencapai bilangan 3,000 pegawai dan anggota kontrak.

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam melalui surat JPA(BPO)(S)253/2/14-2 Kit.10(42) bertarikh 18 Januari 2008 telah meluluskan sejumlah 500 tenaga pengajar pelbagai gred di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur dan 13 Pusat Latihan PDRM di seluruh negara.

GRED                JUMLAH
SAC II YY24            9
SUPT  YY20          78
ASP    YY15          113
SJN    YY6           300


Sidang Akhbar di Bukit Aman oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara


YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara yang turut hadir


dari kanan...YDH ACP Razali bin Basri, Urusetia KPN dan YDH ACP Lai Yong Heng, Penolong Pengarah Pengurusan (HEA)
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS