Kuala Terengganu - 15 Januari 2009. YDH Dato' Mohd Shukri Dahlan, Ketua Polis Terengganu telah memberikan kenyataan media seperti berikut:-
2.1 Beliau
menyatakan tahap keselamatan di dalam PRK Kuala Terengganu adalah
terkawal, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang
tempoh berkempen setakat ini.
2.2 Beliau telah menafikan dakwaan melalui sebaran di dalam 'Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)' yang
menyatakan undi pos telah dikira dan mendapat keputusan parti Barisan
Nasional (BN) telah kalah. Undi pos telah disimpan di dalam lokap polis
dan kunci itu telah disimpan oleh Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) .
2.3 Beliau juga menafikan dakwaan di dalam akhbar akhbar 'Suara Keadilan' bilangan 164 bertarikh 14-21 Januari 2009 yang membuat beberapa dakwaan mengenai ugutan dari parti Barisan Nasional membuat suasana intimidasi menakutkan pengundi dengan menempatkan lebih 10,000 anggota polis dengan alasan menjaga keselamatan.
Pihak polis tidak pernah menerima sebarang arahan seperti yang
dinyatakan di dalam akhbar itu, peranan pihak polis di dalam PRK Kuala
Terengganu adalah melancarkan PRK Kuala Terengganu dan menjaga
keselamatan dan ketenteraman awam.

YDH Dato' Mohd Shukri Dahlan, Ketua Polis Terengganu, telah mengadakan sidang media di Pusat Media Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu.

Jamuan makan tengahari yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta para wartawan.