Menu

Di sini bermula....

Langkawi - 22 Januari 2011

Di sini Bermula...sebanyak 23 pasukan lumba basikal yang akan memberi saingan sengit telah diperkenalkan kepada seluruh dunia di Dataran Lang, Pekan Kuah, Langkawi, Kedah di kejohanan perlumbaan lumba basikal Le Tour de Langkawi 2011

Setelah 4 tahun tidak menginjak kaki di Pulau Lagenda, Langkawi, Le Tour de Langkawi 2011, Edisi Ke 16 akan memulakan cabarannya sekali lagi pada 23 Januari 2011 di pulau yang terkenal dengan keindahan pulau dan pantai yang cantik ini.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah hadir merasmikan pengenalan pasukan yang akan berlumba di Le Tour de Langkawi 2011 pada pagi ini.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Y.Bhg Dato' Mohid Mohamad, Ketua Setiausaha KBS, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola LTdL 2011, Y.Bhg Encik Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2011, Supt. Hamzah bin Ahmad, mewakili Ketua Trafik Pasukan, Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan, pegawai-pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan serta dif-dif jemputan.

Polis Diraja Malaysia telah diberi penghormatan untuk mendahului menaiki podium dengan mempamirkan kenderaan dan motosikal berkuasa tinggi yang akan digunakan sepanjang berlangsungnya perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2011.

Penghormatan yang tinggi juga disampaikan oleh YAB Tun Mahathir kepada Polis Diraja Malaysia yang diiktirafkan, terbaik di dunia dalam megendalikan serta melancarkan perlumbaan yang berprestij ini.


Pasukan Keselamatan (Police Security) siap sedia untuk menjalankan penugasan pertama di Dataran Lang, Pekan Kuah


Taklimat penugasan disampaikan oleh ASP Ibrahim bin Haji Abu Bakar


Cawangan Trafk PDRM yang akan diperkenalkan kepada penonton di Majlis Perkenalan Pasukan


Antara pasukan yang akan bertanding di perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2011


Konvoi bergerak dari Hotel Bayview ke Dataran Lang


DSP Md Dali bin Wahid bersama Pasukan Keselamatan PDRM


Ketibaan YAB Mantan Perdana Menteri Malaysia


Polis Diraja Malaysia diberi penghormatan, mendahului pengenalan pasukan, diketuai oleh Supt. Hamzah bin Ahmad


Motosikal berkuasa tinggi milik PDRM...


Tun Mahathir diperkenalkan kepada Pasukan Malaysia


Mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang hadir, memberi semangat kepada Pasukan Kebangsaan Lumba Basikal Malaysia


kiri..Superintendan Hamzah bin Ahmad bersama tetamu jemputan yang hadir menyaksikan upacara Pengenalan Pasukan


Pasukan Keselamatan PDRM cekap mengawal keadaan di sekitar pentas utama

Wartawan  : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto     : L/Kpl Edwind Indo

  

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS