Bukit
Aman - 14 Oktober 2010. Seluruh warga PDRM mengucapkan setinggi -
tinggi ucapan tahniah kepada empat Pengarah PDRM di atas pelantikan
mereka pada 13 Oktober 2010.
Suruhanjaya
Pasukan Polis Diraja (SPP) telah meluluskan pengisian jawatan
Pengarah-pengarah Jabatan didalam Polis Diraja Malaysia. Pengisian
jawatan ini adalah kerana tiga Pengarah Jabatan PDRM telah bersara wajib
iaitu Pengarah Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, manakala Pengarah Jabatan KDN/KA
dikosongkan setelah YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail dilantik
sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Perlantikan tersebut adalah
berkuatkuasa serta merta iaitu pada 13 Oktober 2010.
Berikut adalah serba ringkas latar belakang YDH Dato' - Dato' Pengarah :-

YDH DCP Dato' Robiah Bte Abd Ghani
Pengarah Pengurusan
Dato'
Robiah binti Abd Ghani telah dilahirkan pada 2 September 1953 di Kuala
Lumpur dan berkelulusan Diploma Sains Kepolisan. Beliau memulakan
perkhidmatan dalam pasukan polis pada 15 Disember 1974 sebagai Inspektor
Percubaan dan seterusnya bertugas sebagai Pegawai Pasukan Polis Hutan
(PPH), kini (PGA), Briged Utara. Pada 24 Mei 1982 beliau dinaikkan ke
pangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) dan bertugas sebagai ASP
Kebajikan di Jabatan Pengurusan.
Pada 1
Januari 1989 beliau dinaikkan ke pangkat Deputi Superintendan Polis
(DSP), dan bertugas sebagai Pegawai Penyelia Cawangan Anti Dadah di JSJ
Bukit Aman. Pada 1 Jun 1994 beliau dinaikkan ke pangkat Superintendan
dan memegang jawatan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman dan pada 11 Julai 1999 beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Urus
Setia KPN (Tatatertib) dengan pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).
Beliau masih sebagai
Penolong Pengarah JSJ dan juga Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal
Awam) Bukit Aman sehinggalah pada 25 Februari 2005 beliau dinaikkan
pangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC II) dan menjawat Timbalan
Ketua Urusetia KPN (Tatatertib).
Seterusnya
pada 1 November 2006, beliau dimajukan ke pangkat Senior Asisten
Komisioner Polis (SAC I) sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan
(Pentadbiran) dan kemudiannya bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Pahang pada 4 Jun 2007 sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang. Pada 14
Julai 2008 dengan pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP), beliau menjawat
jawatan sebagai Ketua Polis Pahang sehingga sekarang.

YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
Beliau
dilahirkan pada 5 September 1957 di Seremban, Negeri Sembilan dan
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari
Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Beliau
memasuki PDRM sebagai Inspektor pada 5 Disember 1976 di PULAPOL Kuala
Lumpur. Pada 4 Julai 1977, beliau bertugas di Cawangan Anti Dadah JSJ
Bukit Aman sebagai Inspektor Pasukan Bertindak. Pada 13 Ogos 1985 beliau
dinaikkan ke pangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) dan bertugas
sebagai Aide De-Camp (ADC) Timbalan Ketua Polis Negara.
Pada
2 Januari 1996, beliau dinaikkan ke pangkat Deputi Superintendan Polis
(DSP) dengan jawatan Timbalan Ketua Jabatan Narkotik Kuala Lumpur. Pada 2
September 1996, dengan berpangkat Superintendan, beliau menjawat
pelbagai jawatan seperti Pegawai Turus Operasi/Siasatan dan Pegawai
Turus Risikan Dalam Negeri, JSJN serta Ketua Jabatan Pengurusan, IPK
Pahang.
Pada 28
Jun 2003, beliau dinaikkan pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP)
dengan jawatan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pahang. Pada 2 Ogos 2004,
beliau dinaikkan pangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC II). Pada
16 Disember 2005, beliau berpangkat SAC I ketika menjawat jawatan Ketua
Polis Negeri Sembilan dan Timbalan Pengarah JSJ I. Sehinggalah pada 1
November 2006, beliau dimajukan ke pangkat Deputi Komisioner Polis
(DCP),dan seterusnya pada 2 Julai 2007 beliau menjawat jawatan Ketua
Polis Selangor.

YDH DCP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Beliau
dilahirkan di Yan, Kedah pada 17 Mac 1958 dan berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda (Kepujian) dalam Jurusan Fizik dari Universiti Malaya (UM).
Beliau
memasuki perkhidmatan polis pada 8 Januari 1987 sebagai Asisten
Superintendan Polis (ASP). Pada 1993 beliau telah dinaikkan ke pangkat
Deputi Superintendan Polis (DSP). Kemudiannya beliau dinaikkan ke
pangkat Superintendan pada 1997 dan seterusnya Asisten Komisioner Polis
(ACP) pada tahun 2002.
Pada
tahun 2006, beliau dinaikkan ke pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC
II). Dan seterusnya ke pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC I). Beliau
dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah pada 21 Jun 2007 dengan
dinaikkan ke pangkat Deputi Komisoner Polis (DCP).
Beliau
pernah berkhidmat di pelbagai jabatan di dalam PDRM antaranya, sebagai
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) di IPD Sungai Petani,
Kedah dan di IPD Timur Laut, Pulau Pinang. Beliau pernah menjadi Ketua
Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang. Pada tahun 2004, beliau
dilantik sebagai Timbalan Pengarah III, Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (JSJN) Bukit Aman. Seterusnya pada tahun 2006 dilantik ke
jawatan Timbalan Pengarah II, Jabatan Logistik. Beliau juga pernah
menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah III, JSJN sebelum dilantik
sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah hingga sekarang.

YDH DCP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Dato'
Wira Syed Ismail bin Syed Azizan dilahirkan pada 30 Januari 1954 di Kota
Kuala Muda, Kedah. Beliau memulakan kerjaya dalam Pasukan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Percubaan pada 1 Oktober 1980 dan
menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Setelah menamatkan latihan, beliau telah ditukarkan sebagai Pegawai
Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Pada
5 Jun 1989, beliau telah disahkan pangkat Asisten Superintendan Polis
(ASP) dan bertugas sebagai Inspektor Tatatertib di Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman.
Pada 1 Jun 1992, beliau
telah dinaikkan pangkat ke Deputi Superintendan Polis (DSP), sepanjang
menjawab jawatan Deputi Superintendan Polis (DSP), beliau pernah
bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Kedah, Jabatan
Siasatan Jenayah Perak dan kemudian menjadi peserta kursus di Maktab
Polis Kuala Kubu Bahru. Setelah menamatkan kursus, beliau ditukarkan ke
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebagai Supt. NCB/Interpol dengan
memangku pangkat Superintendan dan disahkan jawatan Superintendan pada
26 Mac 1997.
Pada 16 Ogos 2002, beliau
telah dinaikkan pangkat kepada Asisten Komisioner Polis (ACP) dan
menyandang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
Pada 30 Ogos 2004, beliau
telah dinaikkan pangkat kepada Senior Asisten Komisioner Polis (SAC II)
dan menjawat jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang.
Pada 13 Mac 2006, beliau
telah dinaikkan pangkat kepada Senior Asisten Komisioner Polis (SAC I)
dan menyandang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman.
Pada 22 Mac 2007, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Deputi Komisioner Polis (DCP) dan menyandang Ketua Polis Kedah.