Kuala Kubu Bharu - 26 Jun 2009. Setiap pegawai/anggota di dalam PDRM
telah dilatih untuk menggunakan beberapa jenis senjatapi yang terdapat
di dalam pasukan mengikut kesesuaian dan keadaan tugas yang dijalankan.
Untuk
memastikan pegawai/anggota dapat mengekalkan pengetahuan dan kemahiran
menembak serta penggunaan senjatapi, Jabatan Pengurusan Bukit Aman
dengan kerjasama Cawangan Kem Komandan telah mengadakan latihan tembak
senjata Raifel M16 A1, HK MP5 dan Pistol Automatik Walter P22.
Latihan
tembak telah dijalankan bertempat di Lapang Sasar IPD Kuala Kubu Bharu,
Selangor bermula 22 Jun 2009 hingga 26 Jun 2009. Pegawai Penyelaras
sepanjang latihan menembak ialah ASP Mohammad Sabri bin Hj Abdul
Kadir dan dibantu oleh Insp Mizad bin Abu. Penyelia tapak menembak pula
ialah C/Insp Sh Roslee bin Sh Mohd Norrani dan dibantu oleh 6 anggotanya
dari Cawangan Persenjataan Bukit Aman. Keputusan markah latihan tembak
juga diedarkan kepada DSP Pentadbiran Jabatan Pengurusan untuk
direkodkan sejajar dengan kehendak PTKPN A 205.

C/Insp Sh Roslee bin Sh Mohd Norrani memantau latihan menembak bagi acara tembak berdiri pistol automatik Walter P22

Tembak melutut Raifel HK MP5

Mengiri
peluru didalam kelopak peluru..Semangat kerjasama sesama anggota
walaupun lain-lain cawangan dan unit di Jabatan Pengurusan

Ahli tembak...walaupun bertugas di Jabatan Pengurusan, mereka tetap mahir mengendalikan senjatapi

Tembak Permintaan Berbaring menggunakan Raifel M16 A1

Tembak Permintaan Berlutut..

Tembak Snap Berdiri...

Bersama-sama bergotong royong mengutip kelonsong peluru..

Sebelum meninggalkan lapang sasar, semua anggota diwajibkan mengangkat sumpah