Gombak - 2 Nov 2010. "Use your wisdom to engage with the people and the media", nasihat Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Hj Ismail, kepada pegawai-pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 2 November 2010 sempena Lawatan Mesra mengejut ke IPD tersebut.
Kehadiran beliau secara mengejut tersebut merupakan salah satu perancangan beliau untuk melihat secara lebih dekat prosedur dan cara kerja serta memahami permasalahan yang timbul di peringkat Kontinjen dan IPD selari dengan arahan dan kehendak pucuk pimpinan PDRM. Kehadiran beliau telah disambut baik oleh pegawai IPD Gombak dan menganggap lawatan tersebut merupakan keprihatinan pucuk pimpinan tertinggi PDRM terhadap pegawai dan anggota yang bertugas di peringkat bawahan.
Semasa sesi taklimat, YDH ACP Abdul Rahim bin Abdullah , Ketua Polis Daerah Gombak telah mentaklimatkan situasi keselamatan dan kedudukan jenayah semasa di bawah pentadbiran IPD Gombak.
YDH Datuk Hussin telah menjelaskan bahawa lawatan beliau ini bertujuan memantapkan dan memperkasakan lagi pasukan polis dalam memastikan PDRM sentiasa transform selari dengan kehendak pucuk pimpinan PDRM khasnya dan kerajaan amnya. Menurut beliau, PDRM yang telah wujud selama 203 tahun ini seharusnya menjadi penguatkuasa undang-undang terulung yang akan dicontohi oleh agensi-agensi penguatkuasa yang lain. Dengan itu, dalam keadaan dunia yang sentiasa berubah-ubah ini, pendekatan melalui pembelajaran secara berterusan harus disemaikan di kalangan pegawai dan anggota polis.
"Pegawai dan anggota polis perlu membuka minda dan memastikan pendekatan bekerja yang bersesuaian dengan arus perubahan dan kehendak masyarakat masa kini", jelas beliau lagi.
YDH Datuk Hussin juga mengingatkan para pegawai dan anggota polis supaya menjalinkan hubungan yang rapat dengan orang awam. Beliau juga berharap semua pegawai akan bersama-sama merancang tindakan alternatif untuk mencegah jenayah dan keberkesanan sesuatu projek harus diukur dan dikaji dari semasa ke semasa. Beliau juga berharap KPD serta pegawai dan anggota IPD Gombak akan meneruskan usaha untuk mengurangkan lagi masa bertindak (response time).
Beliau juga menerangkan konsep 4P, iaitu Protective, Performance and outcome oriented, Proactive and People Oriented yang baru dilancarkan oleh YDH Ketua Polis Negara kepada pegawai-pegawai yang hadir. Beliau berharap konsep ini dapat disemai dalam pemikiran semua pegawai polis dan segala aktiviti atau projek yang sedang atau akan dijalankan hendaklah menjurus kepada kehendak pucuk pimpinan seperti mana yang tersirat dalam konsep 4P tersebut.
"Ekspektasi pucuk pimpinan PDRM adalah tinggi terutamanya dalam menghadapi cabaran masa kini. Tanamkan semangat untuk terus komited dalam melaksanakan tugas", pesanan YDH Datuk Hussin sebelum mengakhiri perjumpaan tersebut.

YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara melawat Pejabat Pertanyaan Balai Polis Selayang.

Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh YDH ACP Abdul Rahim bin Abdullah , Ketua Polis Daerah Gombak

Melawat Pejabat Pertanyaan Trafik...

Meninjau persekitaran balai...

Bersama Ketua Polis Daerah di Pejabat Ketua Polis Daerah...

Perjumpaan bersama Ketua-ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Penyiasat dan penyelia di Bilik Mesyuarat IPD Gombak

Diperkenalkan dengan Pegawai Penyiasat...

Beramah mesra sebelum sesi taklimat...

YDH DIG Datuk Hussin bin Hj Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara di sesi taklimat

Antara pegawai-pegawai kanan yang hadir...

Ketua-ketua Bahagian yang hadir...

Tekun mendengar amanat oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

"Ekspektasi pucuk pimpinan PDRM adalah tinggi terutamanya dalam menghadapi cabaran masa kini. Tanamkan semangat untuk terus komited dalam melaksanakan tugas", pesanan YDH Datuk Hussin sebelum mengakhiri perjumpaan tersebut