Menu

Mahasiswa UPSI Lawat Cawangan Perhubungan Awam PDRM

Bukit Aman - 29 Mac 2010 -  Seramai 14 orang pelajar Fakulti  Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diketuai oleh Profesor Dr. Stefan  Bucher telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cawangan Perhubungan Awam PDRM.

DSP Lai Lee Ching, DSP Penyelidik/Perancang/ Analisa dan Rekod bersama Pegawai-pegawai dan anggota dari Cawangan Perhubungan Awam telah menyambut mesra ketibaan rombongan pelawat UPSI tersebut.

Beliau turut menyampaikan taklimat peranan Cawangan Perhubungan Awam dalam organisasi PDRM di Bilik Mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Awam, Tingkat 14.


Kenangan... Pelajar UPSI bergambar bersama DSP Lai Lee Ching dan  Profesor Dr. Stefan Bucher (lima dari kiri) di Tingkat 14,Cawangan Perhubungan Awam PDRM,  Bukit Aman.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS